Nov 22, 2012

kurniaan ALLAH

assalamualaikum. apa khabar semuanya? harap semuanya sihat senantiasa di bawah lindungan Illahi. diri ini alhamdulillah sihat. sudah lama rasanya tidak menjenguk blog. bukan lupa, tapi diri ini punya tanggungjawab yang perlu diutamakan dan diselesaikan.


rasanya setelah hampir 3 bulan tidak menjenguk dan mencoret sesuatu di dalam blog, banyak perkara yang berlaku. pahit manis, suka duka, ketawa dan airmata seiring dalam sebuah kehidupan. semua itu mengajar saya. segala yang terjadi banyak mengajar saya menjadi seorang yang lebih tabah dan matang dalam sebuah kehidupan.


di waktu ini, saya berada di rumah dan bercuti semester selama sebulan lebih. 2/12 nanti akan kembali pulang ke kampus dan akan melanjutkan pelajaran untuk sem 5. alhamdulillah. sedar tak sedar, bakal menamatkan diploma dalam tempoh setahun lagi. moga ALLAH permudahkan. :") result final exam untuk sem 4 juga sudah dapat. terima kasih ALLAH untuk segala yang Engkau beri sesungguhnya kejayaan itu adalah untuk kedua ibu bapa ku yang sentiasa menyokong diri ini. alhmdulillah. mengalir air mata saat melihat keputusan pada pagi 9 November itu. tidak terjangkau dek akal fikiran. sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. segala kejayaan/kegagalan itu adalah ujian yang diberikan Allah untuk kita. terima dengan ikhlas. lalui dengan tabah. ALLAH sentiasa bersama kita. :)


adik bongsu juga sudah dapat keputusan UPSR. alhamdulillah. even bukan straight A's pun, kami tau adik sudah cuba yang terbaik. kami terima dan bersyukur pada ALLAH dengan apa yang adik dapat. just lepas ni, adik kena study lebih, belajar lebih, solat jangan tinggal. sebab, bila dah masuk sekolah menengah adik akan jumpa ramai orang dan bermacam ragam. moga adik pandai pilih kawan dan menjadi insan yang berguna kelak. insyaAllah. kami sayang adik dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik, MUHAMMAD AZAM AIMAN BIN AZMI. :)


21 Nov yang lepas, SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN my hero no 1, abah tersayang AZMI BIN BUDIN yang ke 50 tahun, dan juga adik yang dikasihi SITI ANIZA BT AZMI yang ke 17 taun. may God bless both of u. dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat ALLAH selalu hendakya. insyallah.  semoga kita sekeluarga akan terus menjadi keluarga bahagia. amin ya rabb. all the best oteh untuk SPM yang sedang berlangsung. do ur ever best untuk mak abah. kami iringi dengan doa senantiasa. abah, abah hero no 1 dalam hidup kakde insyaAllah, kakde akan hadiahkan kejayaan kakde untuk segala pengorbanan abah dan mak. kakde sayang abah dan mak dan keluarga sangat-sangat.

hmm, okay la. rasanya sampai di sini dahulu coretan kali ini. ada kerja yang perlu diselesaikan. maklumlah surirumah part time la sekarang ni. hehe. banyak lagi yang hendak dikongsi, insyallah ada masa dan ketika nya nanti. sampai bertemu kembali. jaga diri, iman dan amal. sayang kalian. maafkan diri ini andai ada kata-kata mahuun tulisan yang tidak sedap dibaca oleh kalian. wassalam. :)

terima kasih ALLAH. :)

Aug 6, 2012

alfatihah. :')

assalamualaikum. bismilahirrohmanirrohim. salam ramadhan almubarak. puasa tak hari ni? puasa penuh tau. jangan tinggal. kalau perempuan takpe la kan ada sebab yang tertentu. :) bersyukur ke hadrat illahi kerana masih dipanjangkan usia, menghirup udara segar di bumi ALLAH ni, dapat tambah amal ibadat yang masih kurang tu. alhamdulillah. kita yang masih hidup ni jangan dilupa pada yang tiada, yang terlebih dahulu menyahut seruan illahi. alfatihah untuk mereka. moga ditempatkan bersama para solihin. aminn.

sabtu yang lepas. genap 15 ramadhan, perginya atuk saudara tercinta. ALLAHYARHAM NORDIN AHMAD. perginya dikau membawa seribu kenangan. kenangan yang takkan dilupakan. arwah pergi selepas subuh yang hening.

pagi itu pukul 8 pagi, saya terima mesej dari adik saya 'aki ngah dah meninggal'. allahuakbar. terduduk saya waktu itu. mengalir air mata di pipi. terus telefon mak dan akak-akak. masa otp dengan mak, mak cakap'mak ngan abah pun tak jenguk aki ngah semalam (jumaat) sebab tunggu awak balik, ingat nak jenguk sama-sama esok (ahad)'. sebab jumaat saya ke kl rumah makcu, dan sabtu baru balik rumah di lipis. kebetulan tiket bus dah beli untuk pukul 130pm. tapi kena balik awal jugak. atleast dapat tengok wajah arwah buat kali terakhir.

teringat dua pupu yang kebetulan cucu pada arwah(long mira), terus mesej sebab dia kerja hospital klang. kebetulan dia pun dalam ktm nak ke pekeliling. saya siap-siap, pacu hantar ke ktm kajang. doa sangat sempat sampai pekeliling sebelum 1130. alhamdulillah sempat. sampai pekeliling, long mira dah beli tiket untuk saya sekali, tapi ayah saudara kami cakap suruh naik teksi takut tak sempat sebab nak kebumikan arwah sebelum zohor. kami berdua pun naik teksi, rm180 ke kuala lipis. my bfftj wawa dan sepupunya sarah balik pukul 130pm.

dalam teksi tak habis-habis berdoa moga kami sempat. sambil saya baca yassin, air mata mengalir dengan lajunya. teresak-esak saya tika itu. terimbau kembali kenangan 3minggu sebelum arwah pergi. semasa kami sekeluarga melawat arwah di hospital. arwah tak buka mata pun. tapi dia still boleh bercakap. waktu nak balik, adik yang bongsu (aiman) salam dengan arwah. arwah cakap dekat adik 'aki ni dah tak lama dah ni'. abah terus nangis. kami dalam wad masa tu semua mengalirkan air mata. arwah pegang tangan adik lama. arwah dah dapat rasakan saatnya bakal tiba. allahurabbi.

sampai kami kat bentong dalam pukul 12 lebih, ayah saudara telefon mintak izin untuk kebumikan arwah sebab dah lewat, lagipun bulan ramadhan. kami berdua terkilan, kecewa, tak sempat tatap wajah arwah buat kali terakhir. tapi kami berdua lepaskan dengan redha. pergilah dikau bersemadi dengan tenang, aki ngah. sampai di raub dalam pukul 1, sepupu telefon cakap arwah dah selamat dikebumikan dan segala urusan telah selesai. mengalir air mata. terpisah sudah kami. alfatihah untuk aki ngah.

arwah umpama atuk saya sendiri. sebab saya tak pernah merasa kasih sayang seorang atuk sejak kecil. arwah atuk belah mak meninggal sewaktu umur saya masih 4 bulan. arwah atuk belah ayah meninggal sewaktu saya masih belum lahir. antara ramai atuk saudara yang saya rapat dan penuh dengan kasih sayang ialah aki ngah. sebab aki ngah dah 11 tahun buta. dan selama 11 tahun itu, jika saya bersalam dengannya tanpa sempat mengeluarkan suara,arwah masih kenal 'intan'. allahu rabbi. kenangan itu yang hanya ku simpan.

perginya bertemu ALLAH. moga arwah tenang di sana. kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah. arwah akan terus kekal dalam ingatan dan doa kami. insyallah. alfatihah. :")

alfatihah.

Jul 27, 2012

salam ramadhan :)

assalamualaikum. bismilahirrohmanirrohim. salam ramadhan almubarak semuanya. agak terlewat sedikit la kan. salam ramadhan ke tujuh 1433 Hijrah. amacam pose x hari ni? haaa puasa tau jangan tak puasa bagi yang boleh berpuasa tu. bagi kaum wanita yang mempunyai alasan kukuh untuk tidak berpuasa tu belakang kira la kan. :)

okay. puasa di bulan ramadhan ni ialah proses melatih kita mengawal kemahuan dan keinginan diri, belajar membuat pilihan yang tepat dan bertindak mengikut keperluan dan bukannya rangsangan.

"......... bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan. kegembiraan semasa berbuka puasa, dan kegembiraan semasa bertemu Tuhan-Nya..." (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Al-Nasa'ie dan Ibn Majah)

haa gembira kan masa berbuka puasa. gembira antaranya sebab macam-makanan ada. keunikan makanan tu berbeza dari selain bulan ramadhan.makanan yang takde kat bulan lain, ada kat bulan ramadhan. mean, bukan takde. tapi jarang kita dapat jumpa kan. lepas tu, kegembiraan seterusnya bila dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga tersayang, sahabat handai setelah seharian menahan lapar dan dahaga. allahu, indahnya kan dapat berbuka puasa bersama. yang paling penting, berbuka dan membeli tu dalam keadaan bersederhana. jangan melebih, jangan melampaui batas, jangan terlalu mengikut nafsu.

di bulan ramadhan yang mulia ni, latih dan didik diri kita untuk jadi lebih ohsem dari sebelum ni. bandingkan diri kita dengan sebelum bulan ramadhan ni. atau pun bandingkan diri kita dengan ramadhan setaun yang lepas. pada saya, saya rasa nak jadi lebih baik dari sebelum ni. sebelum ni kalau kita mengaji alQuran sekali sehari je, sekarang cuba kita mengaji setiap kali selepas solat. mulakan sedikit perubahan. takpe kalau kita tak berjaya nak khatam alQuran pun dalam bulan ramadhan ni. yang penting kita istiqamah kan apa yang kita buat sekarang ni sampai lepas bulan ramadhan. lepas tu kita upgrade kan lagi segala amalan yang kita buat tu. kita pasti boleh. insyallah.

solat tarawih pulak, kalau taun lepas jarang sekali kita tunaikan. sekali je agaknya dalam bulan ramadhan tu. sekarang, buat la tiap malam. kalau tak dapat pegi masjid/surau, berjemaah la dengan family/kawan kat rumah ke kat bilik. kalau tak dapat nak tunaikan secara berjemaah, buat lah sendiri pun boleh. tak salah. asal kita ada kemahuan yang kuat nak buat sesuatu tu, mesti boleh punya la. perkara yang baik kalau kita niat nak buat, Allah pasti tolong kita dalam melaksanakannya. insyallah.

lepastu dalam soal berbelanja pulak, bersederhanalah. maklum la bulan ramadhan, di saat perut tengah kelaparan kan, nafsu pun membuak-buak bila pergi bazar ramadhan tu sebab nampak bermacam-macam juadah yang dijual. kawal nafsu, kawal diri kita, kawal hati kita. say NO to pembaziran. nanti, bila banyak-banyak, lepas tu tak habis, dah buang. tak ke membazir. tamak membawa rugi kan. lagi pun ALLAH sangat tak suka orang yang suka membazir ni. so, jangan la membazir. saudara kita kat Palestin sana tu berpuasa tak bersahur, tak berbuka pun. tapi kita, ada makanan tu, melebih sangat membeli nya. sampai tak termakan. so, kalau kita diri kita macam tu sebelum ni, jom sama-sama kita ubah. agak payah tapi semua tu indah di akhirnya nanti. insyallah.

puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga je tau. kita pun turut menahan percakapan, pandangan dan pendengaran dari perkara yang tak elok. yang tak sedap didengar, tak sedap dipandang, tak sedap dilihat, tahan. jangan tengok, jangan pandang, jangan dengar. latih diri kita. bukan untuk bulan ramadhan je. tapi jadikan ramadhan ni bulan permulaan untuk jadi insan yang lebih baik. terus kan istiqamah tu sampai bila-bila. moga kita semua sentiasa di bawah lindungan ALLLAH hendaknya. ameen.

hmm kat sini nak kongsi sikit kisah sahabat Rasulullah dalam melatih anak-anak mereka berpuasa, termasuk memberikan permainan yang membolehkan mereka menjadi sibuk. moga dapat jadi tauladan dan panduan dalam mendidik anak-anak dan adik-adik kita hendaknya. insyallah.


      Khalid b. Dzakwan meriwayatkan bahawa, aku bertanya kepada al-Rabi' binti Mu'awwidz berkenaan dengan puasa Asyura'. lalu beliau berkata, " Rasulullah SAW telah mengutuskan utusan-utusannya ke perkampungan Ansar. "lalu sambungan hadis ini adalah sama tetapi dengan salah seorang sahabat menyebut:    "Kami membuat permainan untuk kanak-kanak itu dengan menggunakan bulu dan membawanya bersama kami (ke masjid). apabila mereka (kanak-kanak) meminta makan kepada kami, maka kami akan berikan permaian itu tadi untuk melekakan mereka sehinggalah  mereka menyempurnakan puasa masing-masing. " (Muslim 1136)

jadi, semoga perkogsian kali ini memberi manfaat kepada kita semua hendaknya. selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa kepada semua. :) mohon ampun atas segala khilaf. moga dapat menjadi muslim yang lebih ohsem. ameen. allahukabar!   

salam ramadhan. :)

Jun 30, 2012

kekuatan dari Dia

assalamualaikum. bismillahirrohmanirrohim.
apa khabar semuanya? harap semuanya sihat sentiasa di bawah lindungan ALLAH yang Maha Esa. salam hujung minggu. apa aktiviti hujung minggu kita? tidor makan sajakah? jangan dilupa makanan rohani kita. jangan dilupa baca 'LOVE LETTER' saban hari. :)

hmm agak lama tak menulis blog. jenguk tu jenguk. tapi nak menulis tu tak cukup waktu sebenarnya. nak cakap sikit pasal kekuatan dari ALLAH ni. as a human, bila Allah turunkan ujian, bila Allah turunkan cabaran, ada yang mengeluh, ada yang masih mampu senyum, ada yang meraung, ada yang redha, ada yang pasrah. bermacam-macam bentuk cara penerimaan pada setiap insan bila datangnya anugerah ujian yang Allah nak beri pada kita.

i'm bet semua orang penah kecewa, penah sedih, penah terluka. kan? cuma lemah atau kuat je kita nak hadapi semua tu. kadangkala kita rasa kuat sangat, kadangkala kita rasa lemah sangat nak hadapi segala ujian dan cabaran tu. percayalah, kalau hati kita, kita serahkan sepenuhnya pada Allah, hati kita akan rasa kuat sangat. hati kita akan rasa redha, pasrah terima apa pun yang Allah nak beri. percayalah.

cuma, nak ingatkan diri saya sendiri dan semua sahabat yang saya sayangi, bersangka baiklah dengan Allah. apa pun jadi, Allah takkan pernah nak zalimi umat yang Dia kasihi. apa yang Allah beri, sama ada anugerah gembira/kecewa sebenarnya Allah nak uji kita. Dia nak bagi ganjaran pahala untuk kita kalau kita mampu lalui apa yang Dia beri dengan penuh redha.

saya sendiri dalam proses nak menguatkan diri sendiri sebenarnya. sebab saya yakin tak semua orang tu kuat dan tabah. kekuatan tu sepenuhnya datang dari Allah. dan kekuatan tu sebenarnya pilihan. kita pilih sama ada nak jadi kuat/lemah, tu yang penah k.shyfa cakap kat saya. depends pada diri kita lah. sebab yang tanggung semua tu diri kita. cuma, berdoalah pada Allah. doa ALLAH beri kekuatan pada kita. cukuplah secebis kekuatan pun. luah je pada Allah. cakap je apa pun kat Allah. Dia Maha Mendengar apa pun yang kita luahkan. jangan risau. apa pun yang kita luah kat Allah, hanya Allah yang tahu. rahsia kita selamat dengan Allah. :)

insan yang Allah utuskan untuk beri kekuatan tu pada saya. >3 
semalam kita lemah, hari ni kita kuat. hari ni kita mampu senyum, mampu gelak ketawa. ya Allah kuatnya kita. kuat nya kita datang dari siapa? datang dari ALLAH yang Maha Kuasa. macam yang k.shyfa cakap lah. tak beriman seseorang tu selagi tak diuji. Allah uji sebab Allah sayang. sebab nak bagi kita pahala. :)

kita sebagai manusia kena rasa perit tu. kena rasa sakit tu. kalau kita tak rasa semua tu, kita akan selamanya di tempat yang sama. takkan ada peningkatan dalam diri kita waima secebis pun. bila kita pernah jatuh, pernah kecewa, pernah terluka, lepas tu kita akan bangkit. kita toleh belakang kejap dan kita akan cakap pada diri 'aku kena kuat, aku tak boleh putus asa'. sebab kita takkan selamanya nak bersedih, nak muram kan. best ke hidup macamtu? tak best. sangat tak best. Allah pun tak suka orang yang cepat putus asa. jadi, jadikan kekecewaan semalam sebagai titik mula diri kita untuk jadi insan yang lebih kuat dan tabah. :)
someone that always be with me. :")

apa pun yang jadi, apa pun yang kita hadapi sentiasa ingat yang Allah tak pernah tinggalkan kita walau sesaat. Allah sentiasa ada dengan kita. Allah sentiasa dengar setiap rintihan kita. dan, pastinya keluarga, sahabat sentiasa bersama kita. biar sorang insan pergi tinggalkan kita, jangan rebah, jangan lemah, masih ramai yang sayang dan perlukan kita. hidup ini indah. sangat indah. :) sangat indah pabila Allah kirimkan insan yang sentiasa ada bersama kita di saat susah senang.

intan sayang k.shyfa. :)

entry ni sebenarnya nak mengucapkan terima kasih dan rasa sayang saya pada kakak+bff saya.  kak SYAHIFAH BT AZMI. eh nama ayah kami sama la. :) kami bukan adik beradik kandung. tapi k.shyfa di hati saya umpama kakak saya sendiri. pernah bertemu cuma sekali dan sekejap cuma. tapi, dia sangat istimewa di hati saya. bagaimana istimewanya k.shyfa di hati saya? hanya ALLAH dan k.shyfa yang tahu. :) di saat saya rebah, di saat saya lelah, di saat saya hampir putus asa, k.shyfa tak penat pinjamkan mata dan tangan untu memberi saya semangat. hanya Allah yang mampu membalas segalanya. from bottom of my heart, intan sayang k.shyfa kerana Allah sampai syurga. moga Allah limpahkan rahmat dan ukhuwah ini sentiasa dalam barakahNya. ameen ya Rabb.

sahabat sekalian, kalian sangat istimewa dalam hati saya. tak mampu saya balas segala kebaikan kalian. cuma, insyallah kalian sentiasa dalam doa saya. semoga kita berpimpin tangan menuju syurga Allah kelak. mohon maaf dipinta andai entry ini ada tersalah kata. sesungguhnya, saya insan yang penuh kekurangan. yang memerlukan teguran dan sokongan.

p/s:KEKUATAN KITA SEPENUHNYA DATANG DARI ALLAH YANG MAHA KUASA. :)
assalamualaikum..:)


Jun 7, 2012

the end.

assalamualaikum. bismillahirrohmanirrohim.

salam jumaat semua. salam penghulu segala hari. sudahkah kita mebaca surah surah yassin dan surah al-kahf hari ni? kalau belum,ayuh baca ye sahabat yang saya sayangi sekalian.

hmmm sedar tak sedar dah 2 bulan lebih berlalu. makanya,tamatlah sudah cuti sem kali ini. huwaaa. pejam celik tanpa disangka semuanya cepat betul berlalu. mood di hati malas je rasa nak balik. tapi ada jugak kengkawan yang semangat betul nak balik kampus memasing kan. aish. memang respect la sama korang yang bersemangat waja nak balik kampus tu kan. hehe

maka,bila dah habis cuti ni  segala rutin yang aku lakukan selama cuti sem ini berakhirlah sudah. the end la amcam tajuk entry aku tu kan. tapi apa pun kena balik la jugak. ada tanggungjawab yang menanti. ada amanah yang perlu dilaksanakan,

mak cakap, belajar tu pun ibadah jugak. yang penting niatkan segalanya kerana Allah. allah tak pandang siapa kita. allah pandang niat kita. jadi,kita kena selalu check niat kita betul ke idak kerana ALLAH ye. :)

lepas ni dah mula kelas,takde nye boleh dah makan,solat,tido krohhh krohh.. haha. elok perangai anak dara sorang ni kan. hmm pasni dah xamik damia kat sekolah dah, jaga si danish tu. sure miss la semuanya. rindu family tu yang amat. hmmm dah sampai masanya untuk tutup blog kali ini yeaaa. nanti sambung di lain entry insyallah. :) aku pun dah lapar ni. perut dah nyanyi lagu dondang sayang ni haaa.

intan maizura! sem baru,azam baru,matlamat baru dan semangat yang baru ye! insyallah. :)


jaga diri,iman dan amal. maaf kalau ada khilaf sepanjang menulis entry kali ini. assalamualaikum. :)

May 24, 2012

2 tahun. alfatihah.

assalamualaikum. bismillahirrohmanirrohim. salam jumaat yang penuh barokah. salam bulan rejab yang penuh syafaat. sudahkah kita membaca surah Al-Kahf dan surah Yassin hari ini? jikalau belum, ayuh lakukan. sesungguhnya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izinNya kita masih lagi dapat menyedut udara di bumi Allah ini.

23 mei 2012. genap 2 tahun pemergian arwah nenek tercinta. SIMAH BINTI MAT. 2 tahun sudah. 2 tahun yang dirasakan baru semalam berlalu. arwah bagaikan ibu kedua untuk diri ini. segala kenangan bersama arwah selama 18tahun masih tersemat kukuh di dalam hati. setiap hari aku merindui arwah. saban waktu. saban ketika. arwah pergi di depan mata. arwah menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan anak sulungnya. usai azan zohor berkumandang. arwah menghembuskan nafas terakhir. pilunya hati ini.

sehingga kini, masih terbayang di ingatan, segala memori indah bersama arwah. kalau dulu, pergi sembahyang raya dengan arwah, pergi pekan dengan arwah, pergi kedai dengan arwah, jalan kaki dengan arwah ke mana saja. ya allah. sungguh hati ini merindui nya. orang yang paling risau apabila kami sakit, tidak lain hanya arwah.

tapi kini, arwah sudah tiada. Allah lebih menyayangi arwah. moga roh arwah dicucuri rahmat. kami kirimkan kerinduan pada wan melalui doa dan tahlil. moga wan tenang disana.

untuk wan,

wan, kakde dah masuk universiti. kakde masuk universiti lepas wan pergi. wan tak sempat tengok sorang cucu wan masuk menara gading. tapi takpe, wan. ini hadiah untuk wan. hadiah untuk wan besarkan kakde, bagi kasih sayang kat kakde. bagi segalanya untuk kakde. maaf kalau kakde jarang ziarah wan kat kubur, tapi kakde tiap solat doakan untuk wan dan aki. wan, cicit wan dah bertambah. dah ada 4 orang pun. wan dapat sorang lagi cicit lelaki. anak ngah. dah 7 bulan pun. cucu wan semua dah besar-besar. semua dah sekolah. banyak yang dah berubah lepas wan dah pergi. banyak sangat,wan. anak, menantu, cucu, cicit wan semua sihat alhamdulillah kat sini. cucu-cucu wan semua rindu kat wan. semua nya tak pernah lupa kat wan. damia dan najmi dah besar dah. walaupun masa wan pergi, dorang kecik lagi. baru 3 tahun, tapi dorang tak pernah lupa wan. bila lalu kat kubur, dorang berdua selalu cakap 'wan tidor kat situ'. cicit wan dah pandai. wan, kami semua rindu kat wan. anak-anak wan sangat rindukan wan. alfatihah untuk wan.banyak yang hendak dicerita dekat wan, tapi nanti kakde cerita masa doa untuk wan. assalamualaikum wan.


arwan wan. SIMAH BINTI MAT. alfatihah.

menitis air mata. sebak di dada saat menulis entry ini. maaf andai ada tersilap kata atau mengguris mana-mana hati entry kali ini. hargai insan yang kita sayang selagi mereka masih disisi. alfatihah untuk semua muslimin dan muslimat yang telah pulang ke rahmatullah.

assalamualaikum dan salam jumaat. :)

May 13, 2012

masanya telah tiba

assalamualaikum dan bismillahhirrohmanirrohim sahabat sekalian. apa khabar? harap semuanya sentiasa sihat di bwah lindungan Allah Yang Maha Esa. bersyukur kita ke hadrat Allah kerana masih dipanjangkan usia untuk menghidup udara di bumi Nya serta masih diberi peluang untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T.

hati ini masih dipagut pilu. masih dipagut kesedihan. 13 may 2012. semalam. tika kita bergembira bersama insan tersayang, ketika kita enak bergelak ketawa. ada insan yang dilandan kesedihan. ada insan yang telah pergi menyahut seruan ILLAHI. sahabat ku, ALLAHYARHAM BADRULLAH BIN MAT STAR, sahabat sepermainan ku, sahabat sekolah rendahku, sahabat sekampungku, telah pulang ke rahmatullah. allahu rabbi. sesungguhnya, hati ini sebak saat dikhabarkan pemergianmu. hati ini tidak mahu percaya. hati ini menangis. lebih hebat dari air mata yang mengalir di pipi.

pemergianmu dalam keadaan yang sungguh tragis. kepala dilanggar. kepala pecah. hiba ramai hati yang melihat saat abang mu mengutip otak mu di tengah jalan. ya allah. ku tau, dirimu lebih hiba melihat apa yang terjadi. masamu telah tiba. masamu telah tiba meninggalkan kami. masamu telah tiba menyahut seruan ILLAHI.

teringat sejam sebelum dirimu pergi, kamu lalu di depan ku. tapi, kamu tak senyum. kamu pandang. kamu beri pandangan yang sungguh sukar untuk aku mengerti. pandangan yang tiada senyuman. pandangan yang pilu. dan diri ini turut kelu untuk menegur kamu. sesungguhnya itulah pandangan terakhir dirimu untuk ku. sesungguhnya itu lah pertemaun terakhir kita. pertemuan terakhir seorang sahabat. pertemuan yang kekal dalam ingatan.

sesungguhnya, akan ku rindu senyum dan tawamu sahabat. pergilah dikau. moga kamu tenang di sana. kamu akan sentiasa dalam ingatan dan doa kami. dalam doa kudus kami. 14 tahun kita bersahabat. terima kasih untuk segalanya. terima kasih.

pilunya hati saat menulis entry ini. gugurnya air mata saat teringat dirimu. ya allah,ku mohon Engkau cucuri lah rahmat ke atas arwah Badrul, Engkau ampunkanlah dosa nya di dunia mahupun akhirat, Engkau jauhkanlah arwah dari siksaan azab api neraka, Engkau cucuri rahmat ke atasnya Ya Allah. aminnn,.

yang pergi tetap akan pergi. yang masih tinggal, yang masih hidup, teruskan hidup. jangan dilupa pada yang tiada, dekatkan diri dengan Allah. jangan ingat kita muda, kita takkan menemui ajal. tua muda bukan halangan. Allah takkan melambatkan atau mempercepatkan saat maut kita waima sesaat jua. setiap yang bernyawa, pasti akan pergi menemui Allah jua.

bertaubat kita sebelum terlambat. sebelum kita menjemput menghadap ALLAH. penuhkan bekalan kita sebelum pergi berjumpaNya.

maaf andai ada khilaf diri ini dalam sedar mahupun tidak. wassalam

May 1, 2012

solat sunat wuduk

assalamualaikum.
bismillahirrohmanirrohim..

semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah Yang Maha Esa. sentiasa sihat. sentiasa bersemangat untuk meneruskan ibadat-ibadat kita.

entry kali ni nak berkongsi solat sunat wuduk. aku ada beli buku 99 solat sunat. karya Salman Ameen Al-Farisi. khatam semua tu tidak lah. tengah mempraktikkan semua tu iye. aku sedang berusaha. jadi, aku ingin sekali berkongsi apa yang aku sedang belajar dan sedang praktikkan ni bersama kalian semua. maaf jika ada yang dah tahu, tapi takpe. nak berkongsi jugak. tidak ada salahnya kan. bagi kalian yang lebih arif, jika ada sebarang kesalahan dalam menyiapkan entry kali ini atau ada sebarang penambahan, sila la berkongsi bersama ye. :)

okey, solat sunat juga disebut solat nawafil iaitu solat sukarela yang dilakukan selain daripada solat fardhu. kenapa kita kena buat solat sunat? sebab nak menampal segala lompang dan kerosakan semasa kita mengerjakan solat fardhu. iye la, belum tentu kita solat fardhu tu semuanya sempurna kan. jadi, ni kira backup kita la.
sabda Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah ra, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: " sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali dihitung atau dihisab bagi seseorang hamba di Hari Kiamat ialah solatnya. jika baik solatnya, maka menang dan berjayalah dia. apabila kurang sesuatu daripada solatnya yang fardu, berfirmanlah Tuhan Azza Wajalla: 'lihatlah, apakah ada bagi hamba-Ku itu ibadah tambahan(ibadah sunat). sekiranya ada, maka dengan itu disempurnakan dengan kekurangan pada ibadah (solat) fardhu itu"-(Riwayat At Tarmizi)

solat sunat wuduk amat besar pahalanya dan diampuni dosa. sabda Rasulullah SAW, maksudnya; "apabila seseorang itu berwuduk dan ia menyempurnakan wudhuknya, kemudian ia bersolat(sunat) dua atau empat rakaat dengan khusyuk, kemudian ia berdoa memohon keampunan (istighfar), Allah akan mengampunkan dosa-dosanya'- (Riwayat Abu Ya'la-Isnatnya Hassan)

cara dan kaifiat melakukan sembahyang Sunat Wuduk:

1.lafaz niat solat Sunat Wudhuk:

rakaat pertama baca surah Al-Fatihah. selepas itu baca surah Al-Ikhlas.

rakaat kedua baca surah Al-Fatihah. selepas itu baca surah  Al-Nas.

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata: Kami perah bertugas menggembala unta. Saat tiba giliranku, aku merehatkan gembalaanku. Setelah itu, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri tengah berbicara dengan orang-orang. Akupun mendengar sebahagian dari perkataan baginda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ
إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.
Maksudnya:
Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga
Dia (‘Uqbah) bercerita lagi: Lalu aku katakan ini benar-benar sangat baik. Tiba-tiba ada seseorang berkata di hadapanku: Yang sebelumnya malah lebih baik lagi. Maka aku melihat, ternyata orang itu adalah ‘Umar. Dia berkata: Sesungguhnya aku telah melihatmu tadi datang. Baginda bersabda:
 مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ
ثُمَّ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
إِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ.
Maksudnya:
Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234.

 aku rasa sampai disini dahulu buat kali ini. doaku, moga istiqamah lah diriku dalam berkongsi 98 lagi solat sunat yang ada. maafkan diri ini andai ada sebarang khilaf dalam entry kali ini. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang kurang baik itu datang dari kelemahan Intan sendiri.

jaga diri, iman dan amal. assalamualaikum. :)

Rindu sahabat ku. :')

assalamualaikum. bismillahhirrohmanirrohim. :)

sayu hati rasanya tika aku menulis entry kali ni. sayu. sangat sayu. sesungguhnya hanya ALLAH yang mengerti bagaimana perasaan aku tika ini. hmm tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

sahabat. sesungguhnya diri ini sangat merindui kalian. ukhuwah kita dahulu sangat indah. di awal perkenalan, sering bertanya khabar, sering mengutus berita, sering bergurau senda, bermanja. diri ini terasa sangat bahagia tika itu kerana bersama kalian, wahai sahabat jannah ku.

bukan maksud ku hendak mengatakan bahawa, tika ini aku tidak bahagia bersama kalian. cuma, aku rasa kita semua semakin menjauh. sangat menjauh. maafkan diriku, jika hanya diri ku merasakan sebegini.

sahabat, ketahuilah sesungguhnya aku sangat merindui kalian. merindui ukhuwah kita. sangat merindui. allahuakbar. pimpinlah hati kami Ya Allah. sesungguhnya ukhuwah ini terjalin kerana Allah. tautan kasih ini doaku moga sentiasa dalam redha ALLAH.

insyallah. jika diberi peluang dan ruang oleh Allah, ingin sekali diri aku bertemu dengan kalian di dunia ini. jika tiada jodoh di dunia, moga diri ini akan bertemu kalian di syurga Allah nanti,. aku sangat sayang akan kalian sahabat jannah ku.

doaku, moga kita semua sentiasa di bawah lembayung rahmat Yang Esa. sentiasa istiqamah dalam menyamapaikan dakwah ini. sentiasa istiqamah dalam menjadi muslimah solehah. menjadi anak yang solehah. menjadi hamba dan umat yang sentiasa mengikut segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. semoga kita semua, akan berjiran di jannah kelak, insyallah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

semoga kita berjiran di jannah. :)


uhibbuki fillah sahabat jannah ku. :)
wassalam.

New Blog

assalamualaikum. bismillahirrohmanirrohim.

apa khabar semuanya? harap semua nya sihat sentiasa di bawal rahmat yang Esa.

aku kat sini alhamdulillah. so far so good. Allah masih beri peluang dan ruang untuk terus beribadat kepadaNya.. sebab kita pun tak pasti bila kita akan pergi kan. so, renung-renungkan dan selamat beramal. :) hmm agak lama lag tak mengupdate kat blog ni. bukan apa, kekurangan masa sangat aku ni.

cuti sem. ye tengah cuti sem. tapinya kerja kat rumah tak pernah habis. jadi nya, aku menjadi suri rumah tangga separuh masa la menolong mak aku. hehehe. separuh je tau. mak aku suruh practise nanti dah jadi bini orang. sob. sob. mak nak suh aku kahwin dah ke? tett..

haa berbalik pada tajuk kat atas tu haa. new blog tu.bermaksud nye, blog aku ni dah di edit la menjadi cun seperti aku. tuan punya blog ni. chewah. masuk lif tekan sendiri. haruslah tekan sendiri, takkan korang nak tolong tekan pulak kan. hahaha

blog aku ni telah di edit oleh seorang gadis yang cun melecun. kiranya entry ni khas untuk dia lah. kredit to the cute girl. aku dah anggap dia macam adik. even darah takde pertalian pun, aku anggap dia macam adik aku. adik dan sahabat. adik dunia akhirat sampai syurga. insyallah.

si gadis yang comel dan baik hati ini adalah ADAH . sila lah menjenguk blog adik aku yang manis ni. :) perkenalan dengan adah melalui twitter. si burung biru tu telah menjodohkan kami berdua. lalu terukirlah kasih sayang. rindu-rinduan dan sebagainya.  ni kalau adah baca kompem die geli geleman.

dulu, adah segan la bila aku panggil dia sayanggg. bila aku cakap aku sayangg dia. haha. hmm malu lah tu. akak sayang macam adik akak sendiri. okay? i really mean for everything that i say. adah, kenangan terindah dalam hidup akak. even tak pernah kenal apa, tapi sanggup tolong akak. hmm pastu baik sangat dengan akak. ya ALLAH, hanya Engkau yang mampu membalas segala kebaikannya padaku. aminnn. 

adah kalau baca ni sedia tisu tau. hahaha. takde apa yang akak nak cakap. just nak say thank you so much. for everything. sudi jadi adik akak. sudi jadi sahabat akak. sudi la untuk segalanya. sudi tolong akak even entah akak ni jahat ke apa ke. akak ni bukan baik pun. tapi akak mencuba untuk jadi baik macam orang lain. macam adah. insyallah. akak sayang adah dunia akhirat sampai syurga. jaga solat. jaga diri, iman dan amal. belajar rajin-rajin. kita sama-sama pernah jatuh, jangan takut dan jangan segan-silu untuk bangkit semula. sebab kita muslimah yang kuat. kan? jangan hampakan harapan mak abah. jaga hati. okay? jaga apa yang ALLAH suruh jaga,. tinggal apa yang ALLAH suruh tinggal. apa-apa hal, lepas cari ALLAH, adah boleh cari akak kalau adah perlukan akak. insyallah akak sentiasa ada. :)

aku rasa sampai kat sini je apa yang aku boleh cakap. sebab entry ni lebih kepada nak ucap terima kasih pada adik aku yang sorang ni. :)

maaf andai tersilap bicara dan sebagainya. moga jumpa lagi di next entry. sayang kalian fillah. assalamualaikum. :)

sahabat sampai syurga. :)



Mar 21, 2012

C.I.NT.A

ASSALAMUALAIKUM..

apa khabar kalian semua? moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan yang Maha Esa.. saya disini sihat alhamdulillah.. masih meneruskan hidup sebagai hamba ALLAH.. :)

okey la tanpa berceloteh panjang.. saya disini ingin menitipkan satu nukilan untuk kita semua.. moga kita semua bersama-sama mengambil iktibar dari nukilan yang pendek ini..

puas sudah,
kucari kebahagiaan,
disisi teman-teman, 
kudapat hanya kelalaian,
ku cari lagi,
di hati seorang kekasih.

kudapat hanya kekecewaan,
dan ku terus mencari,
dalam meniti hari,
penuh kekosongan.....
oh, di mana lagi harus ku mencari,
membawa sekeping hati,
yang sarat kerinduan.

rindu yang tiada haluan,
aku keliru sendiri,
apa yang kucari,
apa yang kuperlukan,
aku masih tak bisa mengerti,
yang pasti,
kekosongan hati ini minta diisi..

sejenak ku tersedar,
aku mencari cinta agung,
buat jiwaku yang merindukan,
hakikat kebenaran,
cahaya yang membelah kegelapan,
melimoah cemerlang mengisi kekosongan.

AKU MENCARI DAN TERUS MENCARI CINTA ALLAH DAN RASULULLAH.. :)

ayuh sahabat, cari cinta ILLAHI..
mohon maaf andai nukilan ini terdapat kepincangan.
mohon sahabat tegur yang mana patut ditegur..
salam sayang.. :)

Jan 20, 2012

tragedi

assalamualaikum semua.. kabare.. sihat?
aku sihat alhamdulillah.. :) begini lah.. masih bernafas di bumi ALLAH.. :) bersyukur sangat..sebelum menyambung bicara..mari kita bersama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah izwan pilus yang telah pulang ke rahmatullah pada 20hb iaitu semalam tepat jam 6.20 petang.. arwah dipercayai meninggal kerana jankitan kuman dalam darah.. korang pun mesti dah tau kan.. saje je aku mengada nak bagitau.. moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka2 yang beriman dan beramal soleh.. alfatihah..

trgagedi nya yang aku nak cerita ni is semalam on the way aku balik rumah, aku benti la kat bandar jap. jumpa kengkawan aku. after that naik teksi nak balik. lepas tu sampai separuh jalan amik purse nak keluarkan duit, saja nak tengok phone nak mesej angah aku. tengok punya tengok. cari punya cari. blackberry ku tiada. ya tuhan, aku menangis takde lagu dah masa tu. aku guna phone celcom aku try call. ada bunyi. tapi takde orang angkat. ah sudah. cari dekat boot belakang dalam beg 1 lagi, pun takde. try call kengkawan yang ada dekat bandar pun takde. call kak lina suh tengok dalam kete pun takde. time tu dah xtau nak buat apa. suh pakcik teksi pusing belakang balik. masa tu rasa nak cari jugak tempat aku turun tadi. sikit lagi nak sampai, aku nampak phone akuuuuuuuuuuuuuu, warna biru. tersadai tepi jalan. tempat aku turun kereta tadi. huwaaa. takde orang ambik. alahai bersyukur sangat lah. rezeki aku. kak lina masa tu dekat seberang sana dah cekak pinggang dah. huhu. marah la tu. tapi apa boleh buat. dah aku memang begitu. careless. pelupa. semua ada. aish. kalau xdapat lah phone aku tu, memang lah aku menangis setaun kot. tak sampai setaun lagi pun aku pakai haa. baru je 4 bulan. huhu

tu lah pengajaran untuk diri aku ni. supaya sentiasa berjaga-jaga. jangan main redah aja nak buat apa-apa. sangat pengajaran lah sebenarnya. yang penting sangat bersykur pada illahi. untuk korang jugak, hati-hati okey. aku rasa bertuah sangat. 1 dalam 1000 kot nak jumpa balik phone yang dah hilang. dah lah tepi jalan pulak tu. memang rasa bersykur sampai hujung nyawa lah. rasa macam tak nak bawak keluar phone tu pun ada. duduk lah dalam ruma diam-diam. hahaha. punya lah takut hilang kan. hehe
tapi memang agak trauma lah sampai sekarang. susah nak lupa. dan takkan lupa sampai bila-bila punya lah. kenangan 2012. :) :(

okey lah guys. will stop here. sampai bertemu lagi. kalau ada jodoh dan panjang umur. senyum selalu. kurangkan maksiat, tingkatkan amalan. wallahualam. assalamualaikum. :)

Jan 13, 2012

sesalnya aku lalai dahulu..


Dalam hidup ini kita tidak akan dapat lari dari sebuah penyesalan. Penyesalan yang bersifat sementara atau pun yang akan kita rasa sehingga akhir hayat. Pada diri ku, sesalnya aku lalai dahulu. Sesalnya aku menjadi insan yang tak berguna dahulu. Sesalnya aku menjadi anak yang derhaka. Sesalnya aku menjadi pelajar yang tidak mendengar kata. Sesalnya aku menjadi umat yang selalu lalai dalam menunaikan Hak-Mu. Terleka dengan duniawi. Terkadang ukhrawi kuabaikan. Subhanallah, hinanya diri ini tika itu. Sesalnya aku dahulu, menggunakan segala nikmat pancaindera yang telah Engkau kurniakan padaku di jalan yang salah, di jalan yang mungkar, menjerumuskan diriku ke lembah dosa. Membiarkan diri ini alpa saat hidayah-Mu tiba. Meninggalkan solat lima waktu perkara biasa yang ku lakukan tika itu. Diri ini merasakan akan muda sampai bila-bila, diri ini merasakan mati itu tidak akan menjengah pada usia yang muda. Sedangkan mati itu tidak mengira siapa, tidak mengira berapa umurnya. Tetapi kini Alhamdulillah diri ini tidak pernah meninggalkan kewajipan yang utama pada yang Maha Esa. Kerana solat itu tiang agama. Jika dahulu aku adalah anak yang tidak mendengar kata, anak yang derhaka. Kerapkali meninggikan suara pada kedua ibu bapa ku, mengabaikan segala nasihat mereka. Ku tidak hiraukan mereka ketika mereka sakit, ketika mereka penat membanting tulang untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Sedangkan ibu bapa ku sentiasa akan mendahulukan anak-anak dalam setiap apa yang dilakukan, sentiasa meletakkan anak-anak di takhta pertama dalam hati mereka, sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak. Berdosanya diri  ini ketika itu. Sungguh tidak dapat membezakan yang mana halal yang mana haram. Kini, aku cuba menjadi anak yang terbaik, anak yang mendengar kata. Setelah ku pohon ampun atas segala khilaf pada kedua ibu bapa, damainya hati ini hanya ALLAH yang tahu. Dahulu, pergaulan ku dengan lelaki ajnabi tiada batasannya. Bersentuhan, berpegangan tangan, itu kerap kali ku lakukan. Subhanallah. Terlalu banyak dosa yang telah kuhimpunkan tika itu. Aurat yang wajib dijaga, mahkota diri yang wajib ditutup, kadangkala ku terleka dan ku jaga aurat itu sekadar perlu sahaja. Menutup rambut, tetapi memakai pakaian ketat. Tetapi kini, Alhamdulillah setelah hadir hidayah dari ALLAH, aurat ku dijaga dengan sebaiknya. Pergaulan dengan lelaki ajnabi itu hanya disaat perkara yang penting saja dilakukan. Disaat ada perbincangan yang harus dilakukan mengenai isu agama, isu pelajaran.  Ini adalah cebisan kisah yang ku lalui sebelum diri ini mendapat hidayah dari ALLAH. Alhamdulillah diri ini sedar sebelum terjerumus ke dalam kancah dosa yang lebih dalam. Doaku pada yang ESA hanya satu, moga diri ini sentiasa diteguhkan iman dan tidak berpaling pada kisah yang lalu. Cukuplah segala khilaf dan segala dosa yang telah ku lakukan dahulu. Kini, ku hambakan diriku hanya padaMu yang ESA. Aku terus kuat, terus berdiri teguh bilamana banyak kata sindiran yang ku terima apabila diri ini berubah kerah yang lebih baik. Bilamana diri ini cuba menjadi muslimat yang diredhai, banyak kata-kata sumbang yang kudengar. Aku hanya senyum dan terus senyum, kerana cintaMU YA ALLAH yang begitu kuat. Insyallah diri ini akan sentiasa berada di jalanMU Ya ALLAH.

 DOAKU:
YA ALLAH
                                                     Jika dulu aku angkuh di bumi-MU,
Alhamdulillah..
Hidayah-MU mematahkan keangkuhanku,
Membangunkan sifat malu,
Yang selama ini tersorok dalam diri,
Kutundukkan pandanganku,
Yang selama ini meliar!
Kutimbulkan kekeliruan pada teman-teman,
Kutempis segala teguran sinis,
Kutekadkan dalam kalbuku,
Jihad ini adalah untuk agamaKU..