May 13, 2012

masanya telah tiba

assalamualaikum dan bismillahhirrohmanirrohim sahabat sekalian. apa khabar? harap semuanya sentiasa sihat di bwah lindungan Allah Yang Maha Esa. bersyukur kita ke hadrat Allah kerana masih dipanjangkan usia untuk menghidup udara di bumi Nya serta masih diberi peluang untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T.

hati ini masih dipagut pilu. masih dipagut kesedihan. 13 may 2012. semalam. tika kita bergembira bersama insan tersayang, ketika kita enak bergelak ketawa. ada insan yang dilandan kesedihan. ada insan yang telah pergi menyahut seruan ILLAHI. sahabat ku, ALLAHYARHAM BADRULLAH BIN MAT STAR, sahabat sepermainan ku, sahabat sekolah rendahku, sahabat sekampungku, telah pulang ke rahmatullah. allahu rabbi. sesungguhnya, hati ini sebak saat dikhabarkan pemergianmu. hati ini tidak mahu percaya. hati ini menangis. lebih hebat dari air mata yang mengalir di pipi.

pemergianmu dalam keadaan yang sungguh tragis. kepala dilanggar. kepala pecah. hiba ramai hati yang melihat saat abang mu mengutip otak mu di tengah jalan. ya allah. ku tau, dirimu lebih hiba melihat apa yang terjadi. masamu telah tiba. masamu telah tiba meninggalkan kami. masamu telah tiba menyahut seruan ILLAHI.

teringat sejam sebelum dirimu pergi, kamu lalu di depan ku. tapi, kamu tak senyum. kamu pandang. kamu beri pandangan yang sungguh sukar untuk aku mengerti. pandangan yang tiada senyuman. pandangan yang pilu. dan diri ini turut kelu untuk menegur kamu. sesungguhnya itulah pandangan terakhir dirimu untuk ku. sesungguhnya itu lah pertemaun terakhir kita. pertemuan terakhir seorang sahabat. pertemuan yang kekal dalam ingatan.

sesungguhnya, akan ku rindu senyum dan tawamu sahabat. pergilah dikau. moga kamu tenang di sana. kamu akan sentiasa dalam ingatan dan doa kami. dalam doa kudus kami. 14 tahun kita bersahabat. terima kasih untuk segalanya. terima kasih.

pilunya hati saat menulis entry ini. gugurnya air mata saat teringat dirimu. ya allah,ku mohon Engkau cucuri lah rahmat ke atas arwah Badrul, Engkau ampunkanlah dosa nya di dunia mahupun akhirat, Engkau jauhkanlah arwah dari siksaan azab api neraka, Engkau cucuri rahmat ke atasnya Ya Allah. aminnn,.

yang pergi tetap akan pergi. yang masih tinggal, yang masih hidup, teruskan hidup. jangan dilupa pada yang tiada, dekatkan diri dengan Allah. jangan ingat kita muda, kita takkan menemui ajal. tua muda bukan halangan. Allah takkan melambatkan atau mempercepatkan saat maut kita waima sesaat jua. setiap yang bernyawa, pasti akan pergi menemui Allah jua.

bertaubat kita sebelum terlambat. sebelum kita menjemput menghadap ALLAH. penuhkan bekalan kita sebelum pergi berjumpaNya.

maaf andai ada khilaf diri ini dalam sedar mahupun tidak. wassalam

No comments:

Post a Comment