Jan 20, 2012

tragedi

assalamualaikum semua.. kabare.. sihat?
aku sihat alhamdulillah.. :) begini lah.. masih bernafas di bumi ALLAH.. :) bersyukur sangat..sebelum menyambung bicara..mari kita bersama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah izwan pilus yang telah pulang ke rahmatullah pada 20hb iaitu semalam tepat jam 6.20 petang.. arwah dipercayai meninggal kerana jankitan kuman dalam darah.. korang pun mesti dah tau kan.. saje je aku mengada nak bagitau.. moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka2 yang beriman dan beramal soleh.. alfatihah..

trgagedi nya yang aku nak cerita ni is semalam on the way aku balik rumah, aku benti la kat bandar jap. jumpa kengkawan aku. after that naik teksi nak balik. lepas tu sampai separuh jalan amik purse nak keluarkan duit, saja nak tengok phone nak mesej angah aku. tengok punya tengok. cari punya cari. blackberry ku tiada. ya tuhan, aku menangis takde lagu dah masa tu. aku guna phone celcom aku try call. ada bunyi. tapi takde orang angkat. ah sudah. cari dekat boot belakang dalam beg 1 lagi, pun takde. try call kengkawan yang ada dekat bandar pun takde. call kak lina suh tengok dalam kete pun takde. time tu dah xtau nak buat apa. suh pakcik teksi pusing belakang balik. masa tu rasa nak cari jugak tempat aku turun tadi. sikit lagi nak sampai, aku nampak phone akuuuuuuuuuuuuuu, warna biru. tersadai tepi jalan. tempat aku turun kereta tadi. huwaaa. takde orang ambik. alahai bersyukur sangat lah. rezeki aku. kak lina masa tu dekat seberang sana dah cekak pinggang dah. huhu. marah la tu. tapi apa boleh buat. dah aku memang begitu. careless. pelupa. semua ada. aish. kalau xdapat lah phone aku tu, memang lah aku menangis setaun kot. tak sampai setaun lagi pun aku pakai haa. baru je 4 bulan. huhu

tu lah pengajaran untuk diri aku ni. supaya sentiasa berjaga-jaga. jangan main redah aja nak buat apa-apa. sangat pengajaran lah sebenarnya. yang penting sangat bersykur pada illahi. untuk korang jugak, hati-hati okey. aku rasa bertuah sangat. 1 dalam 1000 kot nak jumpa balik phone yang dah hilang. dah lah tepi jalan pulak tu. memang rasa bersykur sampai hujung nyawa lah. rasa macam tak nak bawak keluar phone tu pun ada. duduk lah dalam ruma diam-diam. hahaha. punya lah takut hilang kan. hehe
tapi memang agak trauma lah sampai sekarang. susah nak lupa. dan takkan lupa sampai bila-bila punya lah. kenangan 2012. :) :(

okey lah guys. will stop here. sampai bertemu lagi. kalau ada jodoh dan panjang umur. senyum selalu. kurangkan maksiat, tingkatkan amalan. wallahualam. assalamualaikum. :)

Jan 13, 2012

sesalnya aku lalai dahulu..


Dalam hidup ini kita tidak akan dapat lari dari sebuah penyesalan. Penyesalan yang bersifat sementara atau pun yang akan kita rasa sehingga akhir hayat. Pada diri ku, sesalnya aku lalai dahulu. Sesalnya aku menjadi insan yang tak berguna dahulu. Sesalnya aku menjadi anak yang derhaka. Sesalnya aku menjadi pelajar yang tidak mendengar kata. Sesalnya aku menjadi umat yang selalu lalai dalam menunaikan Hak-Mu. Terleka dengan duniawi. Terkadang ukhrawi kuabaikan. Subhanallah, hinanya diri ini tika itu. Sesalnya aku dahulu, menggunakan segala nikmat pancaindera yang telah Engkau kurniakan padaku di jalan yang salah, di jalan yang mungkar, menjerumuskan diriku ke lembah dosa. Membiarkan diri ini alpa saat hidayah-Mu tiba. Meninggalkan solat lima waktu perkara biasa yang ku lakukan tika itu. Diri ini merasakan akan muda sampai bila-bila, diri ini merasakan mati itu tidak akan menjengah pada usia yang muda. Sedangkan mati itu tidak mengira siapa, tidak mengira berapa umurnya. Tetapi kini Alhamdulillah diri ini tidak pernah meninggalkan kewajipan yang utama pada yang Maha Esa. Kerana solat itu tiang agama. Jika dahulu aku adalah anak yang tidak mendengar kata, anak yang derhaka. Kerapkali meninggikan suara pada kedua ibu bapa ku, mengabaikan segala nasihat mereka. Ku tidak hiraukan mereka ketika mereka sakit, ketika mereka penat membanting tulang untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Sedangkan ibu bapa ku sentiasa akan mendahulukan anak-anak dalam setiap apa yang dilakukan, sentiasa meletakkan anak-anak di takhta pertama dalam hati mereka, sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak. Berdosanya diri  ini ketika itu. Sungguh tidak dapat membezakan yang mana halal yang mana haram. Kini, aku cuba menjadi anak yang terbaik, anak yang mendengar kata. Setelah ku pohon ampun atas segala khilaf pada kedua ibu bapa, damainya hati ini hanya ALLAH yang tahu. Dahulu, pergaulan ku dengan lelaki ajnabi tiada batasannya. Bersentuhan, berpegangan tangan, itu kerap kali ku lakukan. Subhanallah. Terlalu banyak dosa yang telah kuhimpunkan tika itu. Aurat yang wajib dijaga, mahkota diri yang wajib ditutup, kadangkala ku terleka dan ku jaga aurat itu sekadar perlu sahaja. Menutup rambut, tetapi memakai pakaian ketat. Tetapi kini, Alhamdulillah setelah hadir hidayah dari ALLAH, aurat ku dijaga dengan sebaiknya. Pergaulan dengan lelaki ajnabi itu hanya disaat perkara yang penting saja dilakukan. Disaat ada perbincangan yang harus dilakukan mengenai isu agama, isu pelajaran.  Ini adalah cebisan kisah yang ku lalui sebelum diri ini mendapat hidayah dari ALLAH. Alhamdulillah diri ini sedar sebelum terjerumus ke dalam kancah dosa yang lebih dalam. Doaku pada yang ESA hanya satu, moga diri ini sentiasa diteguhkan iman dan tidak berpaling pada kisah yang lalu. Cukuplah segala khilaf dan segala dosa yang telah ku lakukan dahulu. Kini, ku hambakan diriku hanya padaMu yang ESA. Aku terus kuat, terus berdiri teguh bilamana banyak kata sindiran yang ku terima apabila diri ini berubah kerah yang lebih baik. Bilamana diri ini cuba menjadi muslimat yang diredhai, banyak kata-kata sumbang yang kudengar. Aku hanya senyum dan terus senyum, kerana cintaMU YA ALLAH yang begitu kuat. Insyallah diri ini akan sentiasa berada di jalanMU Ya ALLAH.

 DOAKU:
YA ALLAH
                                                     Jika dulu aku angkuh di bumi-MU,
Alhamdulillah..
Hidayah-MU mematahkan keangkuhanku,
Membangunkan sifat malu,
Yang selama ini tersorok dalam diri,
Kutundukkan pandanganku,
Yang selama ini meliar!
Kutimbulkan kekeliruan pada teman-teman,
Kutempis segala teguran sinis,
Kutekadkan dalam kalbuku,
Jihad ini adalah untuk agamaKU..