May 24, 2012

2 tahun. alfatihah.

assalamualaikum. bismillahirrohmanirrohim. salam jumaat yang penuh barokah. salam bulan rejab yang penuh syafaat. sudahkah kita membaca surah Al-Kahf dan surah Yassin hari ini? jikalau belum, ayuh lakukan. sesungguhnya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izinNya kita masih lagi dapat menyedut udara di bumi Allah ini.

23 mei 2012. genap 2 tahun pemergian arwah nenek tercinta. SIMAH BINTI MAT. 2 tahun sudah. 2 tahun yang dirasakan baru semalam berlalu. arwah bagaikan ibu kedua untuk diri ini. segala kenangan bersama arwah selama 18tahun masih tersemat kukuh di dalam hati. setiap hari aku merindui arwah. saban waktu. saban ketika. arwah pergi di depan mata. arwah menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan anak sulungnya. usai azan zohor berkumandang. arwah menghembuskan nafas terakhir. pilunya hati ini.

sehingga kini, masih terbayang di ingatan, segala memori indah bersama arwah. kalau dulu, pergi sembahyang raya dengan arwah, pergi pekan dengan arwah, pergi kedai dengan arwah, jalan kaki dengan arwah ke mana saja. ya allah. sungguh hati ini merindui nya. orang yang paling risau apabila kami sakit, tidak lain hanya arwah.

tapi kini, arwah sudah tiada. Allah lebih menyayangi arwah. moga roh arwah dicucuri rahmat. kami kirimkan kerinduan pada wan melalui doa dan tahlil. moga wan tenang disana.

untuk wan,

wan, kakde dah masuk universiti. kakde masuk universiti lepas wan pergi. wan tak sempat tengok sorang cucu wan masuk menara gading. tapi takpe, wan. ini hadiah untuk wan. hadiah untuk wan besarkan kakde, bagi kasih sayang kat kakde. bagi segalanya untuk kakde. maaf kalau kakde jarang ziarah wan kat kubur, tapi kakde tiap solat doakan untuk wan dan aki. wan, cicit wan dah bertambah. dah ada 4 orang pun. wan dapat sorang lagi cicit lelaki. anak ngah. dah 7 bulan pun. cucu wan semua dah besar-besar. semua dah sekolah. banyak yang dah berubah lepas wan dah pergi. banyak sangat,wan. anak, menantu, cucu, cicit wan semua sihat alhamdulillah kat sini. cucu-cucu wan semua rindu kat wan. semua nya tak pernah lupa kat wan. damia dan najmi dah besar dah. walaupun masa wan pergi, dorang kecik lagi. baru 3 tahun, tapi dorang tak pernah lupa wan. bila lalu kat kubur, dorang berdua selalu cakap 'wan tidor kat situ'. cicit wan dah pandai. wan, kami semua rindu kat wan. anak-anak wan sangat rindukan wan. alfatihah untuk wan.banyak yang hendak dicerita dekat wan, tapi nanti kakde cerita masa doa untuk wan. assalamualaikum wan.


arwan wan. SIMAH BINTI MAT. alfatihah.

menitis air mata. sebak di dada saat menulis entry ini. maaf andai ada tersilap kata atau mengguris mana-mana hati entry kali ini. hargai insan yang kita sayang selagi mereka masih disisi. alfatihah untuk semua muslimin dan muslimat yang telah pulang ke rahmatullah.

assalamualaikum dan salam jumaat. :)

May 13, 2012

masanya telah tiba

assalamualaikum dan bismillahhirrohmanirrohim sahabat sekalian. apa khabar? harap semuanya sentiasa sihat di bwah lindungan Allah Yang Maha Esa. bersyukur kita ke hadrat Allah kerana masih dipanjangkan usia untuk menghidup udara di bumi Nya serta masih diberi peluang untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T.

hati ini masih dipagut pilu. masih dipagut kesedihan. 13 may 2012. semalam. tika kita bergembira bersama insan tersayang, ketika kita enak bergelak ketawa. ada insan yang dilandan kesedihan. ada insan yang telah pergi menyahut seruan ILLAHI. sahabat ku, ALLAHYARHAM BADRULLAH BIN MAT STAR, sahabat sepermainan ku, sahabat sekolah rendahku, sahabat sekampungku, telah pulang ke rahmatullah. allahu rabbi. sesungguhnya, hati ini sebak saat dikhabarkan pemergianmu. hati ini tidak mahu percaya. hati ini menangis. lebih hebat dari air mata yang mengalir di pipi.

pemergianmu dalam keadaan yang sungguh tragis. kepala dilanggar. kepala pecah. hiba ramai hati yang melihat saat abang mu mengutip otak mu di tengah jalan. ya allah. ku tau, dirimu lebih hiba melihat apa yang terjadi. masamu telah tiba. masamu telah tiba meninggalkan kami. masamu telah tiba menyahut seruan ILLAHI.

teringat sejam sebelum dirimu pergi, kamu lalu di depan ku. tapi, kamu tak senyum. kamu pandang. kamu beri pandangan yang sungguh sukar untuk aku mengerti. pandangan yang tiada senyuman. pandangan yang pilu. dan diri ini turut kelu untuk menegur kamu. sesungguhnya itulah pandangan terakhir dirimu untuk ku. sesungguhnya itu lah pertemaun terakhir kita. pertemuan terakhir seorang sahabat. pertemuan yang kekal dalam ingatan.

sesungguhnya, akan ku rindu senyum dan tawamu sahabat. pergilah dikau. moga kamu tenang di sana. kamu akan sentiasa dalam ingatan dan doa kami. dalam doa kudus kami. 14 tahun kita bersahabat. terima kasih untuk segalanya. terima kasih.

pilunya hati saat menulis entry ini. gugurnya air mata saat teringat dirimu. ya allah,ku mohon Engkau cucuri lah rahmat ke atas arwah Badrul, Engkau ampunkanlah dosa nya di dunia mahupun akhirat, Engkau jauhkanlah arwah dari siksaan azab api neraka, Engkau cucuri rahmat ke atasnya Ya Allah. aminnn,.

yang pergi tetap akan pergi. yang masih tinggal, yang masih hidup, teruskan hidup. jangan dilupa pada yang tiada, dekatkan diri dengan Allah. jangan ingat kita muda, kita takkan menemui ajal. tua muda bukan halangan. Allah takkan melambatkan atau mempercepatkan saat maut kita waima sesaat jua. setiap yang bernyawa, pasti akan pergi menemui Allah jua.

bertaubat kita sebelum terlambat. sebelum kita menjemput menghadap ALLAH. penuhkan bekalan kita sebelum pergi berjumpaNya.

maaf andai ada khilaf diri ini dalam sedar mahupun tidak. wassalam

May 1, 2012

solat sunat wuduk

assalamualaikum.
bismillahirrohmanirrohim..

semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah Yang Maha Esa. sentiasa sihat. sentiasa bersemangat untuk meneruskan ibadat-ibadat kita.

entry kali ni nak berkongsi solat sunat wuduk. aku ada beli buku 99 solat sunat. karya Salman Ameen Al-Farisi. khatam semua tu tidak lah. tengah mempraktikkan semua tu iye. aku sedang berusaha. jadi, aku ingin sekali berkongsi apa yang aku sedang belajar dan sedang praktikkan ni bersama kalian semua. maaf jika ada yang dah tahu, tapi takpe. nak berkongsi jugak. tidak ada salahnya kan. bagi kalian yang lebih arif, jika ada sebarang kesalahan dalam menyiapkan entry kali ini atau ada sebarang penambahan, sila la berkongsi bersama ye. :)

okey, solat sunat juga disebut solat nawafil iaitu solat sukarela yang dilakukan selain daripada solat fardhu. kenapa kita kena buat solat sunat? sebab nak menampal segala lompang dan kerosakan semasa kita mengerjakan solat fardhu. iye la, belum tentu kita solat fardhu tu semuanya sempurna kan. jadi, ni kira backup kita la.
sabda Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah ra, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: " sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali dihitung atau dihisab bagi seseorang hamba di Hari Kiamat ialah solatnya. jika baik solatnya, maka menang dan berjayalah dia. apabila kurang sesuatu daripada solatnya yang fardu, berfirmanlah Tuhan Azza Wajalla: 'lihatlah, apakah ada bagi hamba-Ku itu ibadah tambahan(ibadah sunat). sekiranya ada, maka dengan itu disempurnakan dengan kekurangan pada ibadah (solat) fardhu itu"-(Riwayat At Tarmizi)

solat sunat wuduk amat besar pahalanya dan diampuni dosa. sabda Rasulullah SAW, maksudnya; "apabila seseorang itu berwuduk dan ia menyempurnakan wudhuknya, kemudian ia bersolat(sunat) dua atau empat rakaat dengan khusyuk, kemudian ia berdoa memohon keampunan (istighfar), Allah akan mengampunkan dosa-dosanya'- (Riwayat Abu Ya'la-Isnatnya Hassan)

cara dan kaifiat melakukan sembahyang Sunat Wuduk:

1.lafaz niat solat Sunat Wudhuk:

rakaat pertama baca surah Al-Fatihah. selepas itu baca surah Al-Ikhlas.

rakaat kedua baca surah Al-Fatihah. selepas itu baca surah  Al-Nas.

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata: Kami perah bertugas menggembala unta. Saat tiba giliranku, aku merehatkan gembalaanku. Setelah itu, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri tengah berbicara dengan orang-orang. Akupun mendengar sebahagian dari perkataan baginda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ
إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.
Maksudnya:
Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga
Dia (‘Uqbah) bercerita lagi: Lalu aku katakan ini benar-benar sangat baik. Tiba-tiba ada seseorang berkata di hadapanku: Yang sebelumnya malah lebih baik lagi. Maka aku melihat, ternyata orang itu adalah ‘Umar. Dia berkata: Sesungguhnya aku telah melihatmu tadi datang. Baginda bersabda:
 مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ
ثُمَّ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
إِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ.
Maksudnya:
Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234.

 aku rasa sampai disini dahulu buat kali ini. doaku, moga istiqamah lah diriku dalam berkongsi 98 lagi solat sunat yang ada. maafkan diri ini andai ada sebarang khilaf dalam entry kali ini. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang kurang baik itu datang dari kelemahan Intan sendiri.

jaga diri, iman dan amal. assalamualaikum. :)

Rindu sahabat ku. :')

assalamualaikum. bismillahhirrohmanirrohim. :)

sayu hati rasanya tika aku menulis entry kali ni. sayu. sangat sayu. sesungguhnya hanya ALLAH yang mengerti bagaimana perasaan aku tika ini. hmm tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

sahabat. sesungguhnya diri ini sangat merindui kalian. ukhuwah kita dahulu sangat indah. di awal perkenalan, sering bertanya khabar, sering mengutus berita, sering bergurau senda, bermanja. diri ini terasa sangat bahagia tika itu kerana bersama kalian, wahai sahabat jannah ku.

bukan maksud ku hendak mengatakan bahawa, tika ini aku tidak bahagia bersama kalian. cuma, aku rasa kita semua semakin menjauh. sangat menjauh. maafkan diriku, jika hanya diri ku merasakan sebegini.

sahabat, ketahuilah sesungguhnya aku sangat merindui kalian. merindui ukhuwah kita. sangat merindui. allahuakbar. pimpinlah hati kami Ya Allah. sesungguhnya ukhuwah ini terjalin kerana Allah. tautan kasih ini doaku moga sentiasa dalam redha ALLAH.

insyallah. jika diberi peluang dan ruang oleh Allah, ingin sekali diri aku bertemu dengan kalian di dunia ini. jika tiada jodoh di dunia, moga diri ini akan bertemu kalian di syurga Allah nanti,. aku sangat sayang akan kalian sahabat jannah ku.

doaku, moga kita semua sentiasa di bawah lembayung rahmat Yang Esa. sentiasa istiqamah dalam menyamapaikan dakwah ini. sentiasa istiqamah dalam menjadi muslimah solehah. menjadi anak yang solehah. menjadi hamba dan umat yang sentiasa mengikut segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. semoga kita semua, akan berjiran di jannah kelak, insyallah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

semoga kita berjiran di jannah. :)


uhibbuki fillah sahabat jannah ku. :)
wassalam.

New Blog

assalamualaikum. bismillahirrohmanirrohim.

apa khabar semuanya? harap semua nya sihat sentiasa di bawal rahmat yang Esa.

aku kat sini alhamdulillah. so far so good. Allah masih beri peluang dan ruang untuk terus beribadat kepadaNya.. sebab kita pun tak pasti bila kita akan pergi kan. so, renung-renungkan dan selamat beramal. :) hmm agak lama lag tak mengupdate kat blog ni. bukan apa, kekurangan masa sangat aku ni.

cuti sem. ye tengah cuti sem. tapinya kerja kat rumah tak pernah habis. jadi nya, aku menjadi suri rumah tangga separuh masa la menolong mak aku. hehehe. separuh je tau. mak aku suruh practise nanti dah jadi bini orang. sob. sob. mak nak suh aku kahwin dah ke? tett..

haa berbalik pada tajuk kat atas tu haa. new blog tu.bermaksud nye, blog aku ni dah di edit la menjadi cun seperti aku. tuan punya blog ni. chewah. masuk lif tekan sendiri. haruslah tekan sendiri, takkan korang nak tolong tekan pulak kan. hahaha

blog aku ni telah di edit oleh seorang gadis yang cun melecun. kiranya entry ni khas untuk dia lah. kredit to the cute girl. aku dah anggap dia macam adik. even darah takde pertalian pun, aku anggap dia macam adik aku. adik dan sahabat. adik dunia akhirat sampai syurga. insyallah.

si gadis yang comel dan baik hati ini adalah ADAH . sila lah menjenguk blog adik aku yang manis ni. :) perkenalan dengan adah melalui twitter. si burung biru tu telah menjodohkan kami berdua. lalu terukirlah kasih sayang. rindu-rinduan dan sebagainya.  ni kalau adah baca kompem die geli geleman.

dulu, adah segan la bila aku panggil dia sayanggg. bila aku cakap aku sayangg dia. haha. hmm malu lah tu. akak sayang macam adik akak sendiri. okay? i really mean for everything that i say. adah, kenangan terindah dalam hidup akak. even tak pernah kenal apa, tapi sanggup tolong akak. hmm pastu baik sangat dengan akak. ya ALLAH, hanya Engkau yang mampu membalas segala kebaikannya padaku. aminnn. 

adah kalau baca ni sedia tisu tau. hahaha. takde apa yang akak nak cakap. just nak say thank you so much. for everything. sudi jadi adik akak. sudi jadi sahabat akak. sudi la untuk segalanya. sudi tolong akak even entah akak ni jahat ke apa ke. akak ni bukan baik pun. tapi akak mencuba untuk jadi baik macam orang lain. macam adah. insyallah. akak sayang adah dunia akhirat sampai syurga. jaga solat. jaga diri, iman dan amal. belajar rajin-rajin. kita sama-sama pernah jatuh, jangan takut dan jangan segan-silu untuk bangkit semula. sebab kita muslimah yang kuat. kan? jangan hampakan harapan mak abah. jaga hati. okay? jaga apa yang ALLAH suruh jaga,. tinggal apa yang ALLAH suruh tinggal. apa-apa hal, lepas cari ALLAH, adah boleh cari akak kalau adah perlukan akak. insyallah akak sentiasa ada. :)

aku rasa sampai kat sini je apa yang aku boleh cakap. sebab entry ni lebih kepada nak ucap terima kasih pada adik aku yang sorang ni. :)

maaf andai tersilap bicara dan sebagainya. moga jumpa lagi di next entry. sayang kalian fillah. assalamualaikum. :)

sahabat sampai syurga. :)