May 24, 2012

2 tahun. alfatihah.

assalamualaikum. bismillahirrohmanirrohim. salam jumaat yang penuh barokah. salam bulan rejab yang penuh syafaat. sudahkah kita membaca surah Al-Kahf dan surah Yassin hari ini? jikalau belum, ayuh lakukan. sesungguhnya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izinNya kita masih lagi dapat menyedut udara di bumi Allah ini.

23 mei 2012. genap 2 tahun pemergian arwah nenek tercinta. SIMAH BINTI MAT. 2 tahun sudah. 2 tahun yang dirasakan baru semalam berlalu. arwah bagaikan ibu kedua untuk diri ini. segala kenangan bersama arwah selama 18tahun masih tersemat kukuh di dalam hati. setiap hari aku merindui arwah. saban waktu. saban ketika. arwah pergi di depan mata. arwah menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan anak sulungnya. usai azan zohor berkumandang. arwah menghembuskan nafas terakhir. pilunya hati ini.

sehingga kini, masih terbayang di ingatan, segala memori indah bersama arwah. kalau dulu, pergi sembahyang raya dengan arwah, pergi pekan dengan arwah, pergi kedai dengan arwah, jalan kaki dengan arwah ke mana saja. ya allah. sungguh hati ini merindui nya. orang yang paling risau apabila kami sakit, tidak lain hanya arwah.

tapi kini, arwah sudah tiada. Allah lebih menyayangi arwah. moga roh arwah dicucuri rahmat. kami kirimkan kerinduan pada wan melalui doa dan tahlil. moga wan tenang disana.

untuk wan,

wan, kakde dah masuk universiti. kakde masuk universiti lepas wan pergi. wan tak sempat tengok sorang cucu wan masuk menara gading. tapi takpe, wan. ini hadiah untuk wan. hadiah untuk wan besarkan kakde, bagi kasih sayang kat kakde. bagi segalanya untuk kakde. maaf kalau kakde jarang ziarah wan kat kubur, tapi kakde tiap solat doakan untuk wan dan aki. wan, cicit wan dah bertambah. dah ada 4 orang pun. wan dapat sorang lagi cicit lelaki. anak ngah. dah 7 bulan pun. cucu wan semua dah besar-besar. semua dah sekolah. banyak yang dah berubah lepas wan dah pergi. banyak sangat,wan. anak, menantu, cucu, cicit wan semua sihat alhamdulillah kat sini. cucu-cucu wan semua rindu kat wan. semua nya tak pernah lupa kat wan. damia dan najmi dah besar dah. walaupun masa wan pergi, dorang kecik lagi. baru 3 tahun, tapi dorang tak pernah lupa wan. bila lalu kat kubur, dorang berdua selalu cakap 'wan tidor kat situ'. cicit wan dah pandai. wan, kami semua rindu kat wan. anak-anak wan sangat rindukan wan. alfatihah untuk wan.banyak yang hendak dicerita dekat wan, tapi nanti kakde cerita masa doa untuk wan. assalamualaikum wan.


arwan wan. SIMAH BINTI MAT. alfatihah.

menitis air mata. sebak di dada saat menulis entry ini. maaf andai ada tersilap kata atau mengguris mana-mana hati entry kali ini. hargai insan yang kita sayang selagi mereka masih disisi. alfatihah untuk semua muslimin dan muslimat yang telah pulang ke rahmatullah.

assalamualaikum dan salam jumaat. :)

No comments:

Post a Comment