Dec 3, 2011

kesakitan itu penghapus dosa kecil

assalamualaikum ..

sehat? harap semuanye sehat alhamdulillah la hendaknye.. sy kat sini xberapa nak sihat.. sebab tu la tajuk nye cmtu kan.. hehee.. tp xpe, as long as kite kena kuat n yakin bahawa setiap kesakitan itu ada penawarnye... :) jgn mudah menyerah n givup kan.. terus kuat, trus tabah.. kalau sakit, kena la usha utk cari ubat ke, apa ke bg sembuh kan.. kalau duk terbaring je xde wtpe kan, mmg xbaik sampai ke sudah la.. huhu.. n yg penting kena la doa jugak.. jgn duk usha je berubt bagai tp xde ikhtiar nak doa pd ALLAH ... jd lah org yg pandai bersyukur :)

sakit ni menguji kita utk jd org yg lebih kuat.. kuat dgn dugaan yg ALLAH turunka.. and at that time jugak kite boleh tgk sape org yg concern giler kat kite masa kita sakit kan... hehee.. bole kata kite sedar la sapa sahabat sejati kita masa ni,.. yg akan risau pasal kite.. caring gile kat kita kan.. bukan mudah nak dpt,, ada... bukan xde... tp xramai la.. :)

but tgh sakit2 ni sgt need mak di sisi.. :( mak je yg paham apa yg anak mak nak kan.. mak siap tye lg xnak balik rumah ke? tau2 je anak die sakit.. even xbgtau pun.. kuat nye naluri seorang ibu kan.. miss you much mak..:( nak mak saat ni jugak... xnak org lain dah... mak lah sahabat terbaik kita xkire apa pun.. xde yg dpt tandingi mak dlm hidup kite.. mak sangat hebat.. :)

cakap pasal mak ni kang, ada pulak yg mengalir air mata kan.. biar apa pun.. jauh di mata.. tp mak abah, n family tetap dlm lafaz doa.. sentiasa.. doa ku, moga kesakitan ini akan membuatkan ku tersenyum esok hari.. insyallah.. Allah yg lebih mengetahui segalanye.. sandarkan kekuatan pd Allah..

okey la guys.. see u all later.. nak rest.. xlarat sgt rasa.. moga kite semua sentiasa dlm barakah Allah.. aminn :)

Nov 29, 2011

back again

assalamualaikum semua...

apa khabar semua? hope semua sehat la hendaknye.. sy kat sini alhamdulillah...
sehat2 aje.. lama dah xjenguk blog ni akn.. xjenguk mean xupdate laa.. selalu sangat jenguknye tp guna fon jela pun.. da  suspense kan brodband kan.. ha bgus lah tu kann... panjang plak mukadimah nye kali ni.. miss korg semua tau..korg miss me tak? haa soalan perasan kan.. :p


sekarang dah masuk sem baru n perjuangan baru pn bermula la.. semangat dan azam yg baru.. utk lebih berjaya dri sebelum ni.. tapi cita2 dan impian yg satu.. utk mencapai kejayaan yang satu di dunia dan juga akhirat.. aminn.. insyallah sama2 kita doakan yea.. :)

laters new, sy dpt interview.. under SPA.. utk job assistant accountant.interview on 8 disember ni.. bertempat di putrajaya.. doakan sy tau.. amat hargai doa dari kalian.. allah je yg boleh balas.. may god bless u al guys.. hehee..

emm result sem lepas, xberapa nak memberangsangkan pun.. xdekan la cm sem 1 dulu.. sebab sem lepas belaja main2 kann.. :( lec ajar kat depan aku bbm je haa.. apa pun xmasuk.. haha.. so akibatnye tanggung la sendiri.. but sem ni kena sedar diri la kan... kalau nak wat cam sem lepas lg mmg mak suh angkut barang bawak balik rumah la jawabnye.. ahhaha

rumate sem ni pun hem ok laa.. yg penting twin sy ada haa.. intan liana... yg 2 org lg nama nye farah kann.. pandai pulak upk letak ktorg satu tempatkan... hahhaa.. mmg cun laa.. geng2 aku semua dekat2 je haa biliknye,. ada la 2 org tu tercapak kt atas. kesian dorg.. tp apa blh buat... redha jla.. tp still leh lepaking together.. hehehe

sok clas mula kul 10.. ada 1 clas je.. pastu petang ada ko plak.. tp steady jela kan... haha.. ustaz kesayangan ku.. ustaz rizal.. :) hehee

ok la korg semua, stop dulu yea.. nak g layan muvie sat.. nanti kita borak lg eh..loveyou guys.. salam

Sep 23, 2011

exam mode

assalamualaikum..

apa kabar semua? harap sihat hendaknye.. maaf la lme xmenjengah blog.. tersangat le sibukk..pas raya hari tu, bukak cuti dan 2 minggu dah final.. ni tgh bertempur dgn final lah.. hehehe
5hb nt br habis.. ni pn pakat2 bukak senyap2.. hehe...

kalo bukak time tgh study mau kena pelangkung... hem, xnak coret pnjg2... :) ada masa nt kte cerita lg k.. mohon jasa baik reader sume tuk mendoakn kejayaan sy dan kengkawan dlm final exam nt.. mohon maaf ats segala khilaf... may god bless.. syg kalian semua~~

Aug 27, 2011

ramadhan yang hampir pergi~~

assalamualaikum kalian..

ape khabar sahabat2 sekalian? harap semuanya sentiasa di bawah lindungan ALLLAH S.W.T. hem, pegi tarawih x hari ni? camne dgn puasa kt spanjang hari ni? adakah amal ibadat kte lebih ok dr smlm? atau sme je sgn smlm? atau lg kurang dr semalam? wallahualam. sme2 kte muhasabah diri. tingkatkan amal ibadat di saat2 ramdhan yg hmpir tba  ke peghujung nya.

sedih rasa hati ble mngenangkan ramadhan yg hampir prgi. bkn ape, terpikir jugak. masih istiqamah kah dlm beribadat apabila ramdhan telah pergi dan digantikan dgn bulan2 yg lain? masihkah kte dberi kesempatan utk merasai bulan yg mulia ini pd tahun hdapan? wallahualam. hya ALLAH sje yg mngetahui segalanya. kte sbg umat hye mampu merancang dan mendokan yg terbaik sje dlm khidupan kte yg akn dtg. :)

so, sahabat2 sekalian. ayuh, sme2 kte tingkatkn amal ibadat dlm bkln ramadhan yg msih bersisa beberapa hri sje lf. xsalah meraikan syawal, xsalah utk mmbuat persiapan, tp hormati lah bulan yg mulia ini kan. dan terus la istiqamah dlm melakukan amal ibadat, mahu pun sedekah jariah, itu lah saham akhirat kte kelak. :)

ok la, sahabat2 sekalian. ade mse nt sye update lg yea. ade keje sikit. sayang kalian semua. :) hisup ni kna saling ingat-mngingati sbb mnusia mudah lupa. :P

ingat yea,. :)

Aug 24, 2011

balik kampung~

assalamualaikum.
esok saya nak balik kampung. hoorey~~ gembira nye hati.. tak sabar rasa~~ 
emm long pun same2 balik sok. bertambah meriah la jawabnye rumah nanti.

abah amik pg sok. now, ank packing2 barang~
entry kali ni amat pendek sebab terlalu excted nak balik.
xtau nak tulis ape.
lg pun ramai pulak sahabat taulan yg dtg berkunjung ke bilik.:)

ok la. jumpa lg di lain entry.
slmt berpuasa. raye belum lg. ramadhan masih berbaki.
tingkatkan amalan ye sahabat2.
mohon maaf atas segala khilaf.
ahlan wasahlan ya ramadhan.

sayang korang semua.
salam ramadhan. :)

Aug 17, 2011

fadhilat nuzul quran

PERISTIWA Nuzul al-Quran dicatatkan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.. Bagaimanapun, wujud kekhilafan bila tarikh sebenar Nuzul al-Quran atau penurunan al-Quran yang telah dibincangkan secara ilmiah.
Pensyarah Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin berkata, percanggahan pendapat di kalangan ulama adalah berdasarkan kepada nas dan dalil yang terkandung dalam al-Quran yang menjelaskan peristiwa penurunan kitab suci Allah itu.
Kebanyakan ulama berpendapat, al-Quran diturunkan pada malam al-qadar. Ini berpandukan kepada surah al-Qadr, ayat 1 hingga 5 yang bermaksud: Sesungguhnya, Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat-malaikat dan al-Roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
Dalam surah ini, malam penuh kesejahteraan merujuk kepada malam al-qadar iaitu 10 malam terakhir Ramadan.
Sebahagian ulama pula mengatakan al-Quran turun pada bulan Ramadan dengan berpandukan kepada surah al-Baqarah, ayat 185. Allah s.w.t. berfirman: (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil).
Berbanding dengan kedua-dua surah tersebut, ada juga kalangan ulama berpendapat lailatul qadar adalah pada 17 Ramadan. Ini terkandung dalam surah al-Dukhan, ayat 3, Allah s.w.t. berfirman: Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Berdasarkan kepada surah tersebut, malam yang diberkati ialah malam al-Quran pertama kali diturunkan. Kebanyakannya menganggap ia jatuh pada tanggal 17 Ramadan.
Mohd. Zamri berkata, kalangan ulama juga berpendapat bahawa Nuzul al-Quran berlaku pada 17 Ramadan dengan berpandukan kepada surah al-Anfal, ayat 41 yang bermaksud: Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk (jalan) Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibn al-sabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) pada hari Furqan, iaitu pada hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala urusan.
Apabila dibahaskan, para ulama bersepakat menyatakan bahawa ayat ini menerangkan berlakunya Perang Badar iaitu peperangan pertama bagi umat Islam pada 17 Ramadan. Hari al-furqan, jelas Mohd. Zamri, ialah hari kemenangan orang Islam dan kekalahan orang kafir iaitu hari bertemunya dua pasukan dalam Perang Badar yang berlaku pada Jumaat 17 Ramadan tahun kedua Hijrah. Lebih tepat lagi 17 Ramadan ini ialah peperangan pertama bagi umat Islam dengan 313 tentera Islam menentang 1,000 tentera musuh.
“Walaupun wujudnya kekhilafan dalam mencari tarikh sebenar penurunan al-Quran, para ulama yang berijtihad berpendapat peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadan. Malam alqadar seperti yang diketahui ialah 10 hari terakhir Ramadan.
“Justeru, al-Quran adalah anugerah paling istimewa kepada umat manusia kerana ia diturunkan dalam bulan paling istimewa iaitu Ramadan yang mengandungi rahmat dan barakah,” jelas beliau berhubung tarikh sebenar penurunan al-Quran.
Peringkat Nuzul al-Quran tidak diturunkan sekali gus tetapi melalui peringkat-peringkat tertentu seperti mana yang terkandung dalam surah al-Furqan, ayat 32, Allah s.w.t. berfirman: Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”, demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya dengan teratur satu persatu.
Dijelaskan bahawa al-Quran tidak diturunkan sekali gus tetapi beransur-ansur agar hati Nabi Muhammad s.a.w. menjadi kuat dan tegap.
“Nabi Muhammad s.a.w. hidup di Mekah selama 13 tahun dan Madinah selama 10 tahun. Jadi bagaimana pula al-Quran boleh diturunkan sekali gus 30 juzuk? Baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. semasa hidup dan selepas kewafatannya barulah al-Quran lengkap. Allah s.w.t. turunkan al-Quran (lengkap 30 juzuk) pertama kali dari Luh Mahfuz dan kemudian ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam bulan Ramadan. Setelah melalui kedua-dua peringkat ini, al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun.
*Berselimut
Wahyu pertama diterima melalui malaikat Jibril di gua Hira’. Surah al-Alaq ialah wahyu pertama yang diterima Nabi pada bulan Ramadan, kata Mohd. Zamri.
Martabat penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. terkandung dalam empat surah iaitu al-Alaq (bacalah), al-Qalam (pena), al-Muzamil (orang yang berselimut) dan al-Muddathir (berselimut) yang mengandungi pengajaran di sebaliknya.
Melalui surah al-Alaq ayat 1 hingga 5, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Intisari ayat ini ialah Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. supaya melengkapkan diri dengan ilmu dan memperbanyakkan ilmu dengan membaca dengan syarat, bacalah atas nama Allah. Ramai orang yang berilmu tetapi tidak beriman kepada Allah s.w.t. dan menggunakan ilmu ke arah keburukan yang boleh menghancurkan manusia.
Surah al-Qalam pula mengingatkan menerusi ayat satu yang bermaksud: Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis. Allah s.w.t. menunjukkan betapa pentingnya pena dalam menyebarkan ilmu. Untuk mengukuhkan ilmu, manusia digalakkan belajar menulis. Pada zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat disuruh menulis di atas pelepah kurma, kulit kambing yang kering dan batu supaya ilmu yang diperoleh tidak hilang.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berjumpa dengan malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu pertama kepadanya, Baginda amat takut hingga menggigil seluruh tubuh badannya. Baginda meminta isterinya Khadijah menyelimutkannya dengan kain yang tebal. Pada masa ini, Allah s.w.t. berfirman: Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) separuh daripada waktu malam atau kurangilah daripada separuh itu sedikit, atau lebihkan sedikit daripadanya. Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil. (al-Muzamil: 1-4)
“Penurunan ketiga-tiga surah di atas jelas menunjukkan bahawa setelah mempunyai ilmu, perkara yang paling penting adalah mempunyai hubungan yang intim dengan Allah s.w.t. sebelum terjun berdakwah ke dalam masyarakat. Allah s.w.t. perintahkan bermunajat dan bangun solat pada waktu malam untuk menguatkan mental dan rohani iaitu ciri-ciri penting yang perlu ada pada pendakwah. Sejak turunnya ayat ini, Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah meninggalkan qiamullail.
“Kemudiannya, Allah s.w.t. turunkan perintahnya melalui surah al-Muddathir, ayat 1 hingga 2, yang bermaksud: Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! Ertinya, dengan pengukuhan ilmu dan kemantapan hubungan yang erat dengan Allah s.w.t., berikanlah peringatan kepada orang yang masih belum mengetahui. Kita dapat melihat bagaimana Baginda menghadapi banyak dugaan dan cabaran dalam menegakkan syiar Islam di Mekah,” jelas Mohd. Zamri menceritakan rentetan peristiwa penurunan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w..
Berdasarkan surah al-Baqarah, ayat 185 dijelaskan bahawa al-Quran adalah petunjuk bagi manusia yang mengandungi keterangan dan bukti. Rentetan yang membuktikan al-Quran diangkat sebagai mukjizat yang kekal hingga hari kiamat adalah berpandukan sorotan beberapa peristiwa mukjizat yang diturunkan kepada para Nabi terdahulu.
Sebagai contoh, pada zaman Nabi Saleh, masyarakat ketika itu terlalu memberi tumpuan pada penternakan hingga Nabi Saleh datang dalam bentuk mukjizat dengan menyerupai unta yang keluar dari celah batu.
Begitu juga yang berlaku pada zaman Nabi Musa yang penduduknya gemar mempelajari ilmu sihir. Maka, Nabi Musa diutuskan dalam bentuk mukjizat berupa sihir untuk melemahkan kaumnya. Nabi Musa boleh menukar tongkat menjadi ular yang besar hingga kebolehan luar biasanya itu berjaya menarik kaum tersebut beriman kepada Allah s.w.t..
Masyarakat pada zaman Nabi Isa lebih tertumpu pada ilmu perubatan. Mukjizat yang diturunkan kepadanya ialah Nabi Isa boleh menyembuhkan penyakit sopak dan buta hinggalah pada satu peringkat boleh menghidupkan orang yang telah mati dengan izin daripada Allah s.w.t..
Pada zaman Nabi Muhammad pula, syair-syair dan kesusasteraan Arab muncul sehingga pasar-pasar menjadi tempat mendeklamasikan karya mereka dan tulisan tersebut turut digantung di kelambu-kelambu Kaabah. Lalu turunlah al-Quran dalam bentuk mukjizat yang boleh melemahkan ahli-ahli sastera pada waktu tersebut dengan ayat-ayat al-Quran yang begitu indah di samping makna yang begitu jelas dan tepat.
“Itu adalah mukjizat yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul. Persoalannya, pada zaman kita hari ini, di manakah terletaknya mukjizat al-Quran? Jika diperhatikan, manusia akhir zaman ini lebih mengagungkan fakta saintifik dan penemuan terbaru sains dan teknologi. Sedangkan al-Quran telah menerangkan bukti-bukti tentang sains sejak ia diturunkan 1,400 tahun lalu,” kata Mohd. Zamri.
Antaranya, dalam surah al-Rum, ayat 2 hingga 4 yang bermaksud: Telah dikalahkan bangsa Rom di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allahlah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Rom) itu bergembiralah orang-orang yang beriman.
Diceritakan kerajaan Rom yang beragama Nasrani mempunyai kitab suci manakala orang Parsi beragama Majusi iaitu menyembah api dan berhala. Kedua-dua bangsa ini saling berperang. Ketika tersiar berita kekalahan bangsa Rom oleh bangsa Parsi, kaum musyrik Mekah menyambutnya dengan penuh kegembiraan kerana ia berpihak kepada orang musyrikin Parsi. Ini menyebabkan kaum muslimin berdukacita.
“Ayat ini mengajar manusia agar sentiasa peka dan mengambil tahu tentang isu-isu antarabangsa. Melalui ayat itu juga terbukti Rom memenangi peperangan tersebut setelah kalah kepada Parsi. Ini juga menunjukkan al-Quran bersifat futuristik. Malah disebut juga, bahawa peperangan tersebut berlaku di bumi paling bawah (ajna). Masyarakat mufasir terdahulu tidak boleh terfikir kerana tiada kemudahan teknologi dan sebagainya. Apabila dikaji, pertembungan Rom dan Parsi berlaku di Laut Mati yang terletak di bawah paras aras laut. Siapakah yang membuktikan wujudnya tempat bumi paling bawah jika bukan daripada al-Quran?” terang Mohd. Zamri mengenai surah al-Rum.
Al-Quran ialah mukjizat yang kekal hingga kiamat kerana terdapat lebih daripada 200 fakta sains yang tidak disingkap sejak ia diturunkan tetapi berjaya dibongkar pada kurun terakhir ini. Islam dan al-Quran adalah satu cara hidup. Al-Quran bukan untuk dibaca tetapi dihayati dan difahami sebagai buku panduan yang kekal hingga hari kiamat. Ramadan ialah bulan yang paling sesuai untuk memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kerana Allah s.w.t. menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda.
Untuk mengimarahkan sambutan Nuzul al-Quran dan mengembalikan kehebatan al-Quran, gerakan bersepadu semua pihak perlu digembleng termasuklah dalam media, kerajaan dan masyarakat. Melalui al-Quran, banyak perspektif boleh dikupas dengan baik dengan menampilkan banyak kelainan, misalnya menunjukkan bukti-bukti sains dan al-Quran.
“Ditegaskan bahawa al-Quran adalah panduan kepada umat manusia menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Untuk menghayatinya, kita bukan sahaja perlu tahu membaca tetapi memahami maksud setiap ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t..

Aug 13, 2011

kegagalan mengajar erti ketabahan dan keteguhan pada yang esa.


Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat..
.

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...

 

Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...

 

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...


Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,


Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan..
.

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.

Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...

 

Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"

Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh


Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..



Sama tetapi tidak serupa,


Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...



Di sana itulah yang perlu kita kejar,


Agar dunia mengikuti dengan redha...



Di sana,


Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!