Dec 17, 2014

JATUH CINTA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM CERIA.

apa khabar semua? ya allah rindunya dekat blog. dah setaun ke lebih dah rasanya tak menjenguk blog ni. ampunkan daku, bukan apa, sibuk sikit la. dah lama menyepi maka banyak la cerita nak dikongsi tapi kite draftkan dulu yee.

haa tengok tajuk je, mesti tertanya tanya jatuh cinta dengan sape la tu. takde dengan sape sape, im still single okay. hihi. hmm jatuh cinta eh. sebenarnye daku dah jatuh cinta dengan SHAKLEE. haa shaklee tu. jenama yang tengah meletops tu. yang ramai jatuh cinta tu. hihi nipu laa tak pernah dengar. jatuh cinta nape? haa meh sini nak cerita..

alkisahnya dulu, kakak daku ajak la join shaklee, jadi SID (shaklee independent distributor) . lama dia ajak, tapi tak ku layan pun. biarkan macam angin lalu. haa gitu. lepas tu entah macam mana, ditakdir ALLAH terdetik hati nak cuba shaklee, cuba dulu tau, tak jadi ahli lagi. first supplemen yang ingatnye adalah alfalfa and gla. makan la mula mula tu, makan sebab nak cantik and hilangkan senggugut. makan and makan, sampai 3 bulan camtu proceed dengan b complex, tetiba ramai pulak tegur daku makin berisi. haa natijahnya makan b complex. tapi i suka sebab i kan kering. haha. dan berat tu maintain sampai sekarang. dan bila dah jatuh cinta dengan supplemen yang buat diri makin cantik and berisi tu, makanya i pun join la jadi SID dengan kakak, antara sebab lainnya sebab tengok bonus dia bulan bulan dapat 4 angka, jeles i tauu. start bulan december 2013, maka dec 2014 genap lah setahun bersama shaklee. daftar keahlian RM65+RM10 untuk postage. keahlian seumur hidup, dan takyah risau dah pulang modal berganda ganda dah. walau tak cecah 4 angka, tapi daku bangga sebab cari duit sendiri. sapa nak bagi kat kite tiap bulan waima RM50 pun. haa takde kan? nak harap jatuh dari langit lagilah tidak. melainkan dengan usaha, diiringi doa dan tawakal kepada ALLAH.

tapi part paling best jatuh cinta dengan shaklee ialah bila makan alfalfa, migrain daku dengan izin ALLAH MAHA BESAR hilang. subhanallah. syukur tak tergambar dengan kata-kata. sebabnya, kalau daku migrain tuhan jela yang tau macamana sakitnya. tarik rambut tu biasa, hantuk kepala kat dinding pun biasa. nak nak time final exam, haa time tu la migrain. makin stress jadinya.dah makan setahun, alhamdulillah dah kira baru 2 kali migrain. tu pun tak lama, tidur kejap setengah jam dah sihat. kalau dulu dua hari tu kira normal lah. syukur tu hanya ALLAH yang tahu. terima kasih shaklee. terima kasih ya ALLAH. hanya yang hilang nikmat sihat je yang rasa macamana syukurnya bila sihat. alhamdulillah.


untuk kalian, yang punya niat suci murni nak merubah diri ke arah yang lebih mantap, nak bantu family, nak cari duit lebih (maklumlah tahun depan gst), nak supplemen dengan konsultasi terbaik boleh cari kite ye. kite bagi servis tiptop insyallah. nanti kite sambung cerita lagi okay!


INTAN MAIZURA AZMI
SID 1085659
0179580068
I LOVE TO SEE EVERYONE HAPPY

Mar 9, 2013

final is coming

assalamualaikum. bismillahirrohmanirrohim.

apa  khabar semuanya. semoga semuanya sentiasa dalam lindungan Allah. alhamdulillah saya di sini baik-baik saja. dah lama jugak rasanya tak tulis blog. long time dah rupanya. sepanjang tak menulis blog ni banyak yang dah berlaku. last tulis blog rupanyan bulan november 2012. 2013 dah. tahun baru, umur baru, moga kematangan mengiringi hendaknya. aminn..

azam tahun baru lebih kepada nak jadi someone better than before actually. nak jadi good muslimah. segalanya yang baik-baik lah. moga Allah permudahkan. aminn.

dah masuk bukan 3. end of this month insyaAllah final exam will coming. dah sem 5 dah sekarang. alhamdulillah. rasa macam baru semalam masuk uitm. rasa macam baru semalam berkenalan dengan sahabat-sahabat. ukhuwah ini indah. alhamdulillah.

harapnya semua rakan-rakan dapat jawab exam nanti dengan baik.. amin.. jangan dipikir segala masalah yang tak penting tu. letakkan segala masalah tu di belakang.. focus on exam.. kalau nak cakap masalah semua orang ada masalah.. Allah takkan bebankan kita di luar kemampuan kita.. jadi hadapi segala masalah dengan tenang.. serah segalanya pada Allah.. kita ada agama, ada Allah, ada family, ada Al-Quran, Al-Sunnah, ada sahabat.. kita as an muslim, ada pegangan.. selesaikan masalah dengan iman dan takwa.. jangan selesaikan sesuatu masalah seolah-olah kita takde pegangan.. nauzubillah.. 

rasanya sampai disini saja entry untuk kali ini. doakan saya dan rakan-rakan untuk final exam nanti. maafkan andai ada salah dan silap.. :) semoga berjumpa lagi di lain entry andai Allah izinkan.. aminn..
renungan bersama :)


Nov 22, 2012

kurniaan ALLAH

assalamualaikum. apa khabar semuanya? harap semuanya sihat senantiasa di bawah lindungan Illahi. diri ini alhamdulillah sihat. sudah lama rasanya tidak menjenguk blog. bukan lupa, tapi diri ini punya tanggungjawab yang perlu diutamakan dan diselesaikan.


rasanya setelah hampir 3 bulan tidak menjenguk dan mencoret sesuatu di dalam blog, banyak perkara yang berlaku. pahit manis, suka duka, ketawa dan airmata seiring dalam sebuah kehidupan. semua itu mengajar saya. segala yang terjadi banyak mengajar saya menjadi seorang yang lebih tabah dan matang dalam sebuah kehidupan.


di waktu ini, saya berada di rumah dan bercuti semester selama sebulan lebih. 2/12 nanti akan kembali pulang ke kampus dan akan melanjutkan pelajaran untuk sem 5. alhamdulillah. sedar tak sedar, bakal menamatkan diploma dalam tempoh setahun lagi. moga ALLAH permudahkan. :") result final exam untuk sem 4 juga sudah dapat. terima kasih ALLAH untuk segala yang Engkau beri sesungguhnya kejayaan itu adalah untuk kedua ibu bapa ku yang sentiasa menyokong diri ini. alhmdulillah. mengalir air mata saat melihat keputusan pada pagi 9 November itu. tidak terjangkau dek akal fikiran. sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. segala kejayaan/kegagalan itu adalah ujian yang diberikan Allah untuk kita. terima dengan ikhlas. lalui dengan tabah. ALLAH sentiasa bersama kita. :)


adik bongsu juga sudah dapat keputusan UPSR. alhamdulillah. even bukan straight A's pun, kami tau adik sudah cuba yang terbaik. kami terima dan bersyukur pada ALLAH dengan apa yang adik dapat. just lepas ni, adik kena study lebih, belajar lebih, solat jangan tinggal. sebab, bila dah masuk sekolah menengah adik akan jumpa ramai orang dan bermacam ragam. moga adik pandai pilih kawan dan menjadi insan yang berguna kelak. insyaAllah. kami sayang adik dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik, MUHAMMAD AZAM AIMAN BIN AZMI. :)


21 Nov yang lepas, SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN my hero no 1, abah tersayang AZMI BIN BUDIN yang ke 50 tahun, dan juga adik yang dikasihi SITI ANIZA BT AZMI yang ke 17 taun. may God bless both of u. dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat ALLAH selalu hendakya. insyallah.  semoga kita sekeluarga akan terus menjadi keluarga bahagia. amin ya rabb. all the best oteh untuk SPM yang sedang berlangsung. do ur ever best untuk mak abah. kami iringi dengan doa senantiasa. abah, abah hero no 1 dalam hidup kakde insyaAllah, kakde akan hadiahkan kejayaan kakde untuk segala pengorbanan abah dan mak. kakde sayang abah dan mak dan keluarga sangat-sangat.

hmm, okay la. rasanya sampai di sini dahulu coretan kali ini. ada kerja yang perlu diselesaikan. maklumlah surirumah part time la sekarang ni. hehe. banyak lagi yang hendak dikongsi, insyallah ada masa dan ketika nya nanti. sampai bertemu kembali. jaga diri, iman dan amal. sayang kalian. maafkan diri ini andai ada kata-kata mahuun tulisan yang tidak sedap dibaca oleh kalian. wassalam. :)

terima kasih ALLAH. :)

Aug 6, 2012

alfatihah. :')

assalamualaikum. bismilahirrohmanirrohim. salam ramadhan almubarak. puasa tak hari ni? puasa penuh tau. jangan tinggal. kalau perempuan takpe la kan ada sebab yang tertentu. :) bersyukur ke hadrat illahi kerana masih dipanjangkan usia, menghirup udara segar di bumi ALLAH ni, dapat tambah amal ibadat yang masih kurang tu. alhamdulillah. kita yang masih hidup ni jangan dilupa pada yang tiada, yang terlebih dahulu menyahut seruan illahi. alfatihah untuk mereka. moga ditempatkan bersama para solihin. aminn.

sabtu yang lepas. genap 15 ramadhan, perginya atuk saudara tercinta. ALLAHYARHAM NORDIN AHMAD. perginya dikau membawa seribu kenangan. kenangan yang takkan dilupakan. arwah pergi selepas subuh yang hening.

pagi itu pukul 8 pagi, saya terima mesej dari adik saya 'aki ngah dah meninggal'. allahuakbar. terduduk saya waktu itu. mengalir air mata di pipi. terus telefon mak dan akak-akak. masa otp dengan mak, mak cakap'mak ngan abah pun tak jenguk aki ngah semalam (jumaat) sebab tunggu awak balik, ingat nak jenguk sama-sama esok (ahad)'. sebab jumaat saya ke kl rumah makcu, dan sabtu baru balik rumah di lipis. kebetulan tiket bus dah beli untuk pukul 130pm. tapi kena balik awal jugak. atleast dapat tengok wajah arwah buat kali terakhir.

teringat dua pupu yang kebetulan cucu pada arwah(long mira), terus mesej sebab dia kerja hospital klang. kebetulan dia pun dalam ktm nak ke pekeliling. saya siap-siap, pacu hantar ke ktm kajang. doa sangat sempat sampai pekeliling sebelum 1130. alhamdulillah sempat. sampai pekeliling, long mira dah beli tiket untuk saya sekali, tapi ayah saudara kami cakap suruh naik teksi takut tak sempat sebab nak kebumikan arwah sebelum zohor. kami berdua pun naik teksi, rm180 ke kuala lipis. my bfftj wawa dan sepupunya sarah balik pukul 130pm.

dalam teksi tak habis-habis berdoa moga kami sempat. sambil saya baca yassin, air mata mengalir dengan lajunya. teresak-esak saya tika itu. terimbau kembali kenangan 3minggu sebelum arwah pergi. semasa kami sekeluarga melawat arwah di hospital. arwah tak buka mata pun. tapi dia still boleh bercakap. waktu nak balik, adik yang bongsu (aiman) salam dengan arwah. arwah cakap dekat adik 'aki ni dah tak lama dah ni'. abah terus nangis. kami dalam wad masa tu semua mengalirkan air mata. arwah pegang tangan adik lama. arwah dah dapat rasakan saatnya bakal tiba. allahurabbi.

sampai kami kat bentong dalam pukul 12 lebih, ayah saudara telefon mintak izin untuk kebumikan arwah sebab dah lewat, lagipun bulan ramadhan. kami berdua terkilan, kecewa, tak sempat tatap wajah arwah buat kali terakhir. tapi kami berdua lepaskan dengan redha. pergilah dikau bersemadi dengan tenang, aki ngah. sampai di raub dalam pukul 1, sepupu telefon cakap arwah dah selamat dikebumikan dan segala urusan telah selesai. mengalir air mata. terpisah sudah kami. alfatihah untuk aki ngah.

arwah umpama atuk saya sendiri. sebab saya tak pernah merasa kasih sayang seorang atuk sejak kecil. arwah atuk belah mak meninggal sewaktu umur saya masih 4 bulan. arwah atuk belah ayah meninggal sewaktu saya masih belum lahir. antara ramai atuk saudara yang saya rapat dan penuh dengan kasih sayang ialah aki ngah. sebab aki ngah dah 11 tahun buta. dan selama 11 tahun itu, jika saya bersalam dengannya tanpa sempat mengeluarkan suara,arwah masih kenal 'intan'. allahu rabbi. kenangan itu yang hanya ku simpan.

perginya bertemu ALLAH. moga arwah tenang di sana. kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah. arwah akan terus kekal dalam ingatan dan doa kami. insyallah. alfatihah. :")

alfatihah.

Jul 27, 2012

salam ramadhan :)

assalamualaikum. bismilahirrohmanirrohim. salam ramadhan almubarak semuanya. agak terlewat sedikit la kan. salam ramadhan ke tujuh 1433 Hijrah. amacam pose x hari ni? haaa puasa tau jangan tak puasa bagi yang boleh berpuasa tu. bagi kaum wanita yang mempunyai alasan kukuh untuk tidak berpuasa tu belakang kira la kan. :)

okay. puasa di bulan ramadhan ni ialah proses melatih kita mengawal kemahuan dan keinginan diri, belajar membuat pilihan yang tepat dan bertindak mengikut keperluan dan bukannya rangsangan.

"......... bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan. kegembiraan semasa berbuka puasa, dan kegembiraan semasa bertemu Tuhan-Nya..." (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Al-Nasa'ie dan Ibn Majah)

haa gembira kan masa berbuka puasa. gembira antaranya sebab macam-makanan ada. keunikan makanan tu berbeza dari selain bulan ramadhan.makanan yang takde kat bulan lain, ada kat bulan ramadhan. mean, bukan takde. tapi jarang kita dapat jumpa kan. lepas tu, kegembiraan seterusnya bila dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga tersayang, sahabat handai setelah seharian menahan lapar dan dahaga. allahu, indahnya kan dapat berbuka puasa bersama. yang paling penting, berbuka dan membeli tu dalam keadaan bersederhana. jangan melebih, jangan melampaui batas, jangan terlalu mengikut nafsu.

di bulan ramadhan yang mulia ni, latih dan didik diri kita untuk jadi lebih ohsem dari sebelum ni. bandingkan diri kita dengan sebelum bulan ramadhan ni. atau pun bandingkan diri kita dengan ramadhan setaun yang lepas. pada saya, saya rasa nak jadi lebih baik dari sebelum ni. sebelum ni kalau kita mengaji alQuran sekali sehari je, sekarang cuba kita mengaji setiap kali selepas solat. mulakan sedikit perubahan. takpe kalau kita tak berjaya nak khatam alQuran pun dalam bulan ramadhan ni. yang penting kita istiqamah kan apa yang kita buat sekarang ni sampai lepas bulan ramadhan. lepas tu kita upgrade kan lagi segala amalan yang kita buat tu. kita pasti boleh. insyallah.

solat tarawih pulak, kalau taun lepas jarang sekali kita tunaikan. sekali je agaknya dalam bulan ramadhan tu. sekarang, buat la tiap malam. kalau tak dapat pegi masjid/surau, berjemaah la dengan family/kawan kat rumah ke kat bilik. kalau tak dapat nak tunaikan secara berjemaah, buat lah sendiri pun boleh. tak salah. asal kita ada kemahuan yang kuat nak buat sesuatu tu, mesti boleh punya la. perkara yang baik kalau kita niat nak buat, Allah pasti tolong kita dalam melaksanakannya. insyallah.

lepastu dalam soal berbelanja pulak, bersederhanalah. maklum la bulan ramadhan, di saat perut tengah kelaparan kan, nafsu pun membuak-buak bila pergi bazar ramadhan tu sebab nampak bermacam-macam juadah yang dijual. kawal nafsu, kawal diri kita, kawal hati kita. say NO to pembaziran. nanti, bila banyak-banyak, lepas tu tak habis, dah buang. tak ke membazir. tamak membawa rugi kan. lagi pun ALLAH sangat tak suka orang yang suka membazir ni. so, jangan la membazir. saudara kita kat Palestin sana tu berpuasa tak bersahur, tak berbuka pun. tapi kita, ada makanan tu, melebih sangat membeli nya. sampai tak termakan. so, kalau kita diri kita macam tu sebelum ni, jom sama-sama kita ubah. agak payah tapi semua tu indah di akhirnya nanti. insyallah.

puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga je tau. kita pun turut menahan percakapan, pandangan dan pendengaran dari perkara yang tak elok. yang tak sedap didengar, tak sedap dipandang, tak sedap dilihat, tahan. jangan tengok, jangan pandang, jangan dengar. latih diri kita. bukan untuk bulan ramadhan je. tapi jadikan ramadhan ni bulan permulaan untuk jadi insan yang lebih baik. terus kan istiqamah tu sampai bila-bila. moga kita semua sentiasa di bawah lindungan ALLLAH hendaknya. ameen.

hmm kat sini nak kongsi sikit kisah sahabat Rasulullah dalam melatih anak-anak mereka berpuasa, termasuk memberikan permainan yang membolehkan mereka menjadi sibuk. moga dapat jadi tauladan dan panduan dalam mendidik anak-anak dan adik-adik kita hendaknya. insyallah.


      Khalid b. Dzakwan meriwayatkan bahawa, aku bertanya kepada al-Rabi' binti Mu'awwidz berkenaan dengan puasa Asyura'. lalu beliau berkata, " Rasulullah SAW telah mengutuskan utusan-utusannya ke perkampungan Ansar. "lalu sambungan hadis ini adalah sama tetapi dengan salah seorang sahabat menyebut:    "Kami membuat permainan untuk kanak-kanak itu dengan menggunakan bulu dan membawanya bersama kami (ke masjid). apabila mereka (kanak-kanak) meminta makan kepada kami, maka kami akan berikan permaian itu tadi untuk melekakan mereka sehinggalah  mereka menyempurnakan puasa masing-masing. " (Muslim 1136)

jadi, semoga perkogsian kali ini memberi manfaat kepada kita semua hendaknya. selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa kepada semua. :) mohon ampun atas segala khilaf. moga dapat menjadi muslim yang lebih ohsem. ameen. allahukabar!   

salam ramadhan. :)