Jul 27, 2012

salam ramadhan :)

assalamualaikum. bismilahirrohmanirrohim. salam ramadhan almubarak semuanya. agak terlewat sedikit la kan. salam ramadhan ke tujuh 1433 Hijrah. amacam pose x hari ni? haaa puasa tau jangan tak puasa bagi yang boleh berpuasa tu. bagi kaum wanita yang mempunyai alasan kukuh untuk tidak berpuasa tu belakang kira la kan. :)

okay. puasa di bulan ramadhan ni ialah proses melatih kita mengawal kemahuan dan keinginan diri, belajar membuat pilihan yang tepat dan bertindak mengikut keperluan dan bukannya rangsangan.

"......... bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan. kegembiraan semasa berbuka puasa, dan kegembiraan semasa bertemu Tuhan-Nya..." (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Al-Nasa'ie dan Ibn Majah)

haa gembira kan masa berbuka puasa. gembira antaranya sebab macam-makanan ada. keunikan makanan tu berbeza dari selain bulan ramadhan.makanan yang takde kat bulan lain, ada kat bulan ramadhan. mean, bukan takde. tapi jarang kita dapat jumpa kan. lepas tu, kegembiraan seterusnya bila dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga tersayang, sahabat handai setelah seharian menahan lapar dan dahaga. allahu, indahnya kan dapat berbuka puasa bersama. yang paling penting, berbuka dan membeli tu dalam keadaan bersederhana. jangan melebih, jangan melampaui batas, jangan terlalu mengikut nafsu.

di bulan ramadhan yang mulia ni, latih dan didik diri kita untuk jadi lebih ohsem dari sebelum ni. bandingkan diri kita dengan sebelum bulan ramadhan ni. atau pun bandingkan diri kita dengan ramadhan setaun yang lepas. pada saya, saya rasa nak jadi lebih baik dari sebelum ni. sebelum ni kalau kita mengaji alQuran sekali sehari je, sekarang cuba kita mengaji setiap kali selepas solat. mulakan sedikit perubahan. takpe kalau kita tak berjaya nak khatam alQuran pun dalam bulan ramadhan ni. yang penting kita istiqamah kan apa yang kita buat sekarang ni sampai lepas bulan ramadhan. lepas tu kita upgrade kan lagi segala amalan yang kita buat tu. kita pasti boleh. insyallah.

solat tarawih pulak, kalau taun lepas jarang sekali kita tunaikan. sekali je agaknya dalam bulan ramadhan tu. sekarang, buat la tiap malam. kalau tak dapat pegi masjid/surau, berjemaah la dengan family/kawan kat rumah ke kat bilik. kalau tak dapat nak tunaikan secara berjemaah, buat lah sendiri pun boleh. tak salah. asal kita ada kemahuan yang kuat nak buat sesuatu tu, mesti boleh punya la. perkara yang baik kalau kita niat nak buat, Allah pasti tolong kita dalam melaksanakannya. insyallah.

lepastu dalam soal berbelanja pulak, bersederhanalah. maklum la bulan ramadhan, di saat perut tengah kelaparan kan, nafsu pun membuak-buak bila pergi bazar ramadhan tu sebab nampak bermacam-macam juadah yang dijual. kawal nafsu, kawal diri kita, kawal hati kita. say NO to pembaziran. nanti, bila banyak-banyak, lepas tu tak habis, dah buang. tak ke membazir. tamak membawa rugi kan. lagi pun ALLAH sangat tak suka orang yang suka membazir ni. so, jangan la membazir. saudara kita kat Palestin sana tu berpuasa tak bersahur, tak berbuka pun. tapi kita, ada makanan tu, melebih sangat membeli nya. sampai tak termakan. so, kalau kita diri kita macam tu sebelum ni, jom sama-sama kita ubah. agak payah tapi semua tu indah di akhirnya nanti. insyallah.

puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga je tau. kita pun turut menahan percakapan, pandangan dan pendengaran dari perkara yang tak elok. yang tak sedap didengar, tak sedap dipandang, tak sedap dilihat, tahan. jangan tengok, jangan pandang, jangan dengar. latih diri kita. bukan untuk bulan ramadhan je. tapi jadikan ramadhan ni bulan permulaan untuk jadi insan yang lebih baik. terus kan istiqamah tu sampai bila-bila. moga kita semua sentiasa di bawah lindungan ALLLAH hendaknya. ameen.

hmm kat sini nak kongsi sikit kisah sahabat Rasulullah dalam melatih anak-anak mereka berpuasa, termasuk memberikan permainan yang membolehkan mereka menjadi sibuk. moga dapat jadi tauladan dan panduan dalam mendidik anak-anak dan adik-adik kita hendaknya. insyallah.


      Khalid b. Dzakwan meriwayatkan bahawa, aku bertanya kepada al-Rabi' binti Mu'awwidz berkenaan dengan puasa Asyura'. lalu beliau berkata, " Rasulullah SAW telah mengutuskan utusan-utusannya ke perkampungan Ansar. "lalu sambungan hadis ini adalah sama tetapi dengan salah seorang sahabat menyebut:    "Kami membuat permainan untuk kanak-kanak itu dengan menggunakan bulu dan membawanya bersama kami (ke masjid). apabila mereka (kanak-kanak) meminta makan kepada kami, maka kami akan berikan permaian itu tadi untuk melekakan mereka sehinggalah  mereka menyempurnakan puasa masing-masing. " (Muslim 1136)

jadi, semoga perkogsian kali ini memberi manfaat kepada kita semua hendaknya. selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa kepada semua. :) mohon ampun atas segala khilaf. moga dapat menjadi muslim yang lebih ohsem. ameen. allahukabar!   

salam ramadhan. :)

No comments:

Post a Comment