May 1, 2012

solat sunat wuduk

assalamualaikum.
bismillahirrohmanirrohim..

semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah Yang Maha Esa. sentiasa sihat. sentiasa bersemangat untuk meneruskan ibadat-ibadat kita.

entry kali ni nak berkongsi solat sunat wuduk. aku ada beli buku 99 solat sunat. karya Salman Ameen Al-Farisi. khatam semua tu tidak lah. tengah mempraktikkan semua tu iye. aku sedang berusaha. jadi, aku ingin sekali berkongsi apa yang aku sedang belajar dan sedang praktikkan ni bersama kalian semua. maaf jika ada yang dah tahu, tapi takpe. nak berkongsi jugak. tidak ada salahnya kan. bagi kalian yang lebih arif, jika ada sebarang kesalahan dalam menyiapkan entry kali ini atau ada sebarang penambahan, sila la berkongsi bersama ye. :)

okey, solat sunat juga disebut solat nawafil iaitu solat sukarela yang dilakukan selain daripada solat fardhu. kenapa kita kena buat solat sunat? sebab nak menampal segala lompang dan kerosakan semasa kita mengerjakan solat fardhu. iye la, belum tentu kita solat fardhu tu semuanya sempurna kan. jadi, ni kira backup kita la.
sabda Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah ra, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: " sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali dihitung atau dihisab bagi seseorang hamba di Hari Kiamat ialah solatnya. jika baik solatnya, maka menang dan berjayalah dia. apabila kurang sesuatu daripada solatnya yang fardu, berfirmanlah Tuhan Azza Wajalla: 'lihatlah, apakah ada bagi hamba-Ku itu ibadah tambahan(ibadah sunat). sekiranya ada, maka dengan itu disempurnakan dengan kekurangan pada ibadah (solat) fardhu itu"-(Riwayat At Tarmizi)

solat sunat wuduk amat besar pahalanya dan diampuni dosa. sabda Rasulullah SAW, maksudnya; "apabila seseorang itu berwuduk dan ia menyempurnakan wudhuknya, kemudian ia bersolat(sunat) dua atau empat rakaat dengan khusyuk, kemudian ia berdoa memohon keampunan (istighfar), Allah akan mengampunkan dosa-dosanya'- (Riwayat Abu Ya'la-Isnatnya Hassan)

cara dan kaifiat melakukan sembahyang Sunat Wuduk:

1.lafaz niat solat Sunat Wudhuk:

rakaat pertama baca surah Al-Fatihah. selepas itu baca surah Al-Ikhlas.

rakaat kedua baca surah Al-Fatihah. selepas itu baca surah  Al-Nas.

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata: Kami perah bertugas menggembala unta. Saat tiba giliranku, aku merehatkan gembalaanku. Setelah itu, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri tengah berbicara dengan orang-orang. Akupun mendengar sebahagian dari perkataan baginda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ
إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.
Maksudnya:
Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga
Dia (‘Uqbah) bercerita lagi: Lalu aku katakan ini benar-benar sangat baik. Tiba-tiba ada seseorang berkata di hadapanku: Yang sebelumnya malah lebih baik lagi. Maka aku melihat, ternyata orang itu adalah ‘Umar. Dia berkata: Sesungguhnya aku telah melihatmu tadi datang. Baginda bersabda:
 مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ
ثُمَّ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
إِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ.
Maksudnya:
Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234.

 aku rasa sampai disini dahulu buat kali ini. doaku, moga istiqamah lah diriku dalam berkongsi 98 lagi solat sunat yang ada. maafkan diri ini andai ada sebarang khilaf dalam entry kali ini. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang kurang baik itu datang dari kelemahan Intan sendiri.

jaga diri, iman dan amal. assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment